run flat | jangan ubah | Komunikasi | Tiada | Tiada |
blackout | tegah liputan; jangan lapor | Komunikasi | Tiada | Tiada |
do not disturb card | kad jangan ganggu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kad yang digantung pada tombol pintu yang mengandungi mesej bahawa penghuni bilik tersebut tidak mahu diganggu atau tidak memerlukan sebarang servis. |
antithetical contradictive/antithetis contradictive | antitetis kontradiktif | Kesusasteraan | Tiada | Satu ragam gaya bahasa yang berlawanan atau berbeza. Contoh: Biar mati anak, Jangan mati adat ; Adat dipakai baru, Kain dipakai usang ; Dianjak layu, Direbus mati. |
lullaby | dodoi | Kesusasteraan | Tiada | Lagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul. |
nulla poena sine lege | nulla poena sine lege | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kaedah yang menetapkan bahawa seseorang tidak boleh dihukum sekiranya tidak ada undang-undang jenayah yang memperuntukkan hukuman bagi apa yang dilakukannya ketika individu tersebut melakukannya. Kaedah ini menghalang undang-undang jenayah daripada dipakai secara ex post facto atau secara ke belakang, supaya jangan ada seseorang yang melakukan suatu perbuatan yang bukan jenayah dan tidak ditetapkan hukumannya ketika ia dilakukan, dan dia dihukum kerana melakukan perbuatan tersebut. Kaedah ini tergabung dalam undang-undang jenayah antarabangsa. Kaedah ini membentuk prinsip kesahihan jenayah. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �tiada hukuman tanpa undang-undang�. |
phytoncide | fitonsid | Biologi | Patologi | Bahan yang menyebabkan sesuatu perumah menjadi tahan dengan membunuh, atau merencatkan patogen yang masuk dan berkembang di dalam sel perumah tersebut. Contohnya ialah, fitoaleksin, fenol, dan lain-lain lagi. istilah ini bercanggah dengan erti asal perkataan tersebut. Sama dengan fungisid, pestisid dan lain-lain lagi, ia seharusnya membawa erti bahan yang boleh membunuh atau merencatkan tumbuhan. Oleh yang demikian, istilah ini dianggap usang (sebaiknya jangan digunakan). |
fairness bias | bias kesaksamaan | Psikologi | Psikologi Umum | Bias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah. |
nullum crimen sine lege | nullum crimen sine lege | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kaedah yang menetapkan bahawa seseorang tidak melakukan sebarang jenayah dan tidak boleh dihukum sekiranya tidak ada undang-undang jenayah yang memperuntukkan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu sebagai satu jenayah ketika individu berkenaan melakukannya. Kaedah ini menghalang undang-undang jenayah daripada dipakai secara ex post facto atau secara ke belakang, supaya jangan ada suatu perbuatan yang bukan jenayah ketika ia dilakukan dijadikan sebagai satu jenayah yang boleh dihukum. Kaedah ini tergabung dalam undang-undang jenayah antarabangsa. Kaedah ini membentuk prinsip kesahihan jenayah. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �tiada jenayah tanpa undang-undang�. |
epimythium | moral akhiran | Kesusasteraan | Tiada | Senarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral. |