Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.gut] | جڠݢوت

Definisi : 1. bulu yg tumbuh di dagu; 2. Jw dagu; ~ labium (Bio) janggut berhampiran mulut (pd Artropoda spt udang dll); ke­bakaran ~ bp dlm keadaan bingung; pak ~ ki orang Benggali; sebesar ~ udang Kl ki perihal sedikitnya (halusnya) emas yg dipunyai; berjanggut mempunyai (memakai) janggut; sungguh ~ tiada berjubah prb tidak sem­purna syarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.gut] | جڠݢوت

Definisi : 1. ~ keli a) sj tumbuhan, ge­ronggong semut; b) sj tumbuhan, bongbong; 2. ~ rimau sj tumbuhan, bunga kawah; akar ~ baung sj tumbuhan (pokok memanjat), Pterisanthes polita; 3. rumput ~ ali sj rumput yg tinggi, Panicum sarmentosum; rumput ~ kuau sj rumput tinggi, rumput purun batu, rumput serai jantan, Fimbristylis aestivalis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.gut] | جڠݢوت

Definisi : rambut atau bulu yg tumbuh di dagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janggut

Puisi
 

Panjang janggut Si Tuan Tambi,
     Panjang seratus sembilan puluh;
Nasib apalah di tahun ini,
     Padi ditanam lalang yang tumbuh.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti janggut pulang ke dagu.

Bermaksud :

Memang sudah pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
janggutjanggutKerisTiadaBahagian sor-soran yang terletak di bawah aring.
Janggut adam, Ubi seratusStemona tuberosaPertanianTiadaTumbuhan menjalar dan melilit dalam famili Stemonaceae juga dikenali sebagai ubi seratus. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan belukar. Daunnya berbentuk hati dan uratnya selari. Bunganya berbentuk corong berwarna ungu dan buah berbentuk bujur. Akar yang telah dikeringkan digunakan sebagai herba campuran untuk afrodisiak di kalangan kaum lelaki.
Stemona tuberosajanggut adamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan menjalar dan melilit dalam famili Stemonaceae yang dikenali juga sebagai ubi seratus. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan belukar. Daunnya berbentuk hati dan uratnya selari. Bunganya berbentuk corong dan berwarna ungu serta buahnya berbentuk bujur. Akarnya yang telah dikeringkan digunakan sebagai herba campuran untuk afrodisiak dalam kalangan kaum lelaki.
alopecia areataalopesia areataPerubatanTiadaKehilangan rambut atau janggut secara bertompok akibat inflamasi mikroskopik.
heterogenicheterogenPerubatanTiada1. Berkaitan dengan sesuatu yang berlaku pada jantina yang salah, misalnya janggut pada perempuan.,2. Berkaitan dengan sesuatu yang berasal daripada spesies atau sumber yang berlainan.
sex hormonehormon seksPerubatanTiadaSekumpulan hormon yang dibentuk dan dirembeskan terutamanya oleh gonad. Hormon ini bertanggungjawab terhadap perkembangan ciri sekunder seks, seperti pertumbuhan misai dan janggut pada lelaki dan berupaya merangsangkan perkembangan organ pembiakan.

Kembali ke atas