secondary infection | jangkitan sekunder | Biologi | Patologi | Jangkitan yang dilakukan oleh inokulum patogen yang dihasilkan, dan disebarkan daripada jangkitan primer. bd. jangkitan primer. |
infection peg | pasak jangkitan | Biologi | Patologi | Ubahsuaian hifa yang dikelilingi oleh bahan-bahan seperti lignin, selulosa, suberin dan lain-lain di dalam medan jangkitan yang berfungsi melakukan penembusan masuk ke dalam sel perumah. Contoh pasak jangkitan ialah ligniubi. bd. tiub jangkitan, hifa jangkitan. |
infection tube | tiub jangkitan | Biologi | Patologi | Ubahsuaian hujung tiub kecambah yang masuk ke dalam sel perumah dan melakukan penjangkitan. bd. hifa jangkitan, pasak jangkitan. |
primary infection | jangkitan primer | Biologi | Patologi | Jangkitan awal yang berlaku pada sesuatu perumah di suatu kawasan akibat serangan inokulum primer. Apabila jangkitan primer ini berkembang, maka ia akan menjadi fokus jangkitan yang akan menyediakan inokulum sekunder untuk melakukan jangkitan sekunder. |
appressorium | apresorium | Biologi | Patologi | Ubahsuaian yang berupa benjolan pada hujung hifa, atau tiub kecambah kulat patogen yang memberi tenaga tambahan untuk menekan struktur patogen yang masuk ke dalam sel perumah. Misalnya pasak jangkitan, hifa jangkitan dan tiub jangkitan. |
food-borne infection | jangkitan bawaan makanan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Jangkitan yang terjadi apabila organisma penyakit dibawa melalui makanan kepada perumah. Organisma jangkitan seperti Salmonella dan Escherichia coli menyerang tisu perumah dan membiak sehingga menyebabkan penyakit. Gejala am jangkitan adalah sama seperti gejala am intoksikasi makanan. Lihat juga intoksikasi makanan. |
water-borne infection | jangkitan bawaan air | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Jangkitan yang terjadi apabila organisma penyakit dibawa melalui air kepada perumah. Organisma jangkitan seperti Vibrio cholerae dan Escherichia coli menyerang tisu perumah dan membiak sehingga menyebabkan penyakit. Gejala am jangkitan ini serupa dengan gejala am intoksikasi makanan. Lihat juga intoksikasi makanan. |
subclinical infection | jangkitan subklinikal | AIDS | Tiada | Jangkitan tanpa gejala atau tanda penyakit. Jangkitan ini boleh dipastikan dengan melakukan ujian makmal. |
vehicle | alat perantaraan | Kejururawatan | Tiada | Objek yang memindahkan sesuatu agen jangkitan daripada punca jangkitan kepada hos baharu. |
infection structure | struktur jangkitan | Biologi | Patologi | Sebarang bahagian patogen atau ubahsuaiannya yang berupaya melakukan jangkitan pada tumbuhan. Contohnya pasak jangkitan. |