Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tan] | جنتن

Definisi : 1. jantina yg tidak boleh membiak (beranak) (utk binatang, tumbuhan-tumbuhan, dll): ayam ~; betik ~ betik yg hanya berbunga tetapi tidak berbuah; 2. ki (orang yg) berani, gagah: siapa yg ~ antara kamu, datanglah ke hadapan; 3. ki mempunyai sifat laki-laki (besar, panjang, dsb); busut ~ busut yg besar serta lancip; embun ~ embun yg titiknya besar (kasar); 4. bahagian alat atau perkakas yg direka bentuk utk dimasukkan ke dlm lubang atau soket (bahagian betina); kasau ~ kasau yg letaknya di sebelah atas; pahat ~ pahat yg lancip tajam; 5. bp lelaki yg dianggap kaki perempuan serta rendah akhlaknya; berjantan ki bersetubuh (bagi orang perempuan), bersetubuh dgn orang laki-laki; menjantani melakukan persetubuhan (bkn binatang); kejantanan perihal jantan: tengkorak mangsa ngayau menjadi lambang keberanian dan ~ suku bangsa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tan] | جنتن

Definisi : 1 jenis kelamin yg berlawanan dgn betina (digunakan utk binatang atau utk tumbuh-tumbuhan): Ayam ~ mempunyai susuh di kaki. Betik ~ tidak berbuah. 2 gagah; berani; handal: Sesiapa yg ~ di antara kamu, marilah! 3 mempunyai sifat yg lebih (besar, kasar dsb) drpd biasa: embun ~ embun yg kasar titisannya. kejantanan sifat jantan (spt keberanian; kegagahan dsb); kelelakian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantan

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Dia makan padang senduduk;
Kapur saya kapur intan,
     Jangan dicedok dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Perkataan mengekor itik jantan.

Bermaksud :

Menyindir dan menyombongkan diri. mengekor = macam ekor.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bruce effectkesan BruceVeterinarPraklinikalMuslihat rodensia jantan atau babi jantan untuk menyekat kebuntingan betina daripada pengawanan jantan sebelumnya. Muslihat ini menyebabkan betina estrus semula. Kesan ini tidak berlaku sekiranya jantan kembiri atau jantan belum matang dicampurkan dengan betina bunting.
sireinduk jantan/baka jantanPerikananTiadaTiada
sireinduk jantan/baka jantanPertanianTiadaTiada
buckkambing jantan; rusa jantan; tualPerhutananTiadaTiada
sireinduk jantan/baka jantanVeterinarTiadaTiada
buckkambing jantan; rusa jantanVeterinarTiadaTiada
buckkambing jantan; rusa jantan; sanggaGeografiTiadaTiada
ayam jantanayam jantanKesenianTiadaMotif tekat berunsur makhluk yang mengambil bentuk ayam jantan.
Keris Jalar JantanKeris Jalar JantanKerisTiadaKeris yang mempunyai bentuk mata yang lu
bulllembu jantan dewasa; kerbau jantan dewasaVeterinarTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas