Paradigma yang mempercayai bahawa pentadbiran awam seharusnya menekankan piawai etika yang tinggi sebagai mengimbangi kuasa birokratik. Paradigma ini dipelopori oleh Paul Appleby. Beliau menggariskan lima prinsip moral pentadbir awam iaitu, (i) memiliki perasaan bertanggungjawab (ii) kemahiran berkomunikasi dan mentadbir sumber manusia (iii) berkeupayaan untuk memantap dan menggemblengkan sumber institusi (iv) bersedia untuk menghadapi sebarang masalah serta bekerja dengan pihak lain sebagai satu pasukan dan (v) mempunyai keyakinan yang tinggi bagi memperkenalkan idea baru. Paradigma ini juga menekankan bahawa pentadbir yang berwibawa jarang menggunakan kuasa birokrasi secara tegar sebagai jalan keluar bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Thanks for clicking. That felt good.