Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ya] | جاي

Definisi : 1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. = berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~; berjaya beroleh kemenangan, mencapai ke­majuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pe­lajaran barulah hal rumah tangga di­rancangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ya] | جاي

Definisi : kemenangan: menuju ke puncak ~. berjaya mendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir. menjayakan menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan: Ia turut sama ~ rancangan itu. kejayaan hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glory holelubang jayaGeologiTiadaTiada
kill (spite)buang;; jaya (filem)KomunikasiTiadaTiada
landscape resourcessumber jaya landskapSosiologiTiada, fauna, dan bentuk muka bumi.
viableboleh hidup; boleh jayaKejuruteraanTiadaTiada
effort to performance expectancyharap usaha jayaPentadbiranTiadaJangkaan bahawa usaha yang bersungguh-sungguh akan membawa kejayaan.
landscape planningperancangan landskapSosiologiTiadaBentuk perancangan yang mementingkan sumber jaya landskap untuk satu kawasan berskala besar seperti wilayah, lembah, kawasan tadahan sungai atau sebuah bandar yang lebih menekankan kepada polisi pembangunan landskap.
export base theoryteori asas eksportSosiologiTiadaTeori pertumbuhan wilayah yang ditentukan oleh eksploitasi sumber jaya dan pertumbuhan asas eksport wilayah dipengaruhi oleh tingkat permintaan luaran.
location trianglesegi tiga lokasiSosiologiTiadaKonsep peletakan industri yang diperkenalkan oleh Weber yang menyatakan lokasi optimum sesuatu industri merupakan keseimbangan antara sumber jaya dengan pengguna.
industrial estateestet industriEkonomiTiadaKawasan yang dirancang dan dimajukan untuk kegiatan perkilangan. Dalam kawasan tersebut semua kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, dana jalan raya disediakan oleh kerajaan. Misalnya, estet industri Senawang di Negeri Sembilan, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, dan Mak Mandin di Seberang Prai. Sinonim kawasan industri.
Municipal CouncilMajlis PerbandaranPentadbiranTiadaBadan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang menjadi pusat pentadbiran bagi sesebuah daerah. Kuasa pentadbirannya terletak di bawah peruntukan kerajaan negeri. Kriteria asas yang perlu bagi penubuhan badan ini ialah hasil pendapatan tahunannya melebihi RM5 juta dan jumlah penduduk melebihi 100,000 orang. Majlis ini bertanggungjawab di dalam merancang dan membangunkan hal ehwal tempatan di bawah bidang kuasanya. Majlis ini diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh tidak kurang daripada lapan orang serta tidak melebihi 24 orang ahli. Contoh majlis perbandaran ialah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
12

Kembali ke atas