pingpong diplomacy | diplomasi pingpong | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Diplomasi yang wujud sempena pertandingan pingpong pada tahun 1971 di Tokyo. Semasa pertandingan tersebut, perwakilan China menjemput pasukan Amerika Syarikat untuk melawat China. Pasukan Amerika menerima jemputan tersebut dan pergi ke China. Jemputan perwakilan China ini dianggap sebagai satu petanda bahawa Beijing ingin menjalinkan semula perhubungan dengan Amerika Syarikat. Henry Kissinger pergi ke China pada tahun yang sama dan diikuti Presiden Nixon pada tahun 1972. Oleh itu, jemputan lawatan oleh perwakilan China semasa pertandingan pingpong dianggap sebagai alat petunjuk yang penting dalam diplomasi. |
invitee | para jemputan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Seseorang yang datang ke sesuatu tempat sama ada dijemput secara eksplisit atau implisit. Contoh: orang yang datang untuk membeli-belah di pasar raya. |
reception committee | jawatankuasa jemputan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
reception committee | jawatankuasa jemputan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
VVIP (very very important person) | tetamu kehormat utama | Umum | Tiada | Orang jemputan yang terdiri daripada golongan amat berpengaruh seperti kerabat diraja, ahli politik dan sebagainya. |
letter of decline | surat tolak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Surat untuk menolak undangan atau jemputan. |
curriculum enrichment | pengayaan kurikulum | Pendidikan | Tiada | Mempertingkat program pengajian dengan memilih atau mengadakan aktiviti terpilih seperti lawatan, penceramah jemputan, alat bantu mengajar serta bahan lain yang sesuai. |
webcast | siar web | Teknologi Maklumat | Tiada | Penggunaan Internet untuk penghantaran audio atau video secara langsung atau tertunda kepada beberapa pengguna Internet serentak. Pengguna perlu mempunyai aplikasi multimedia tertentu untuk membolehkan mereka melihat siaran web seperti RealPlayer. Contohnya, sebuah universiti yang menawarkan kursus dalam talian membolehkan pengajar menyiarkan syarahannya yang berasaskan web secara langsung atau prarakam, atau sesebuah syarikat boleh menyiarkan pengumuman sidang akhbarnya berasaskan web sebagai tambahan kepada jemputan biasa ke sidang itu. 2. Penggunaan teknologi tolak untuk menghantar maklumat berasaskan web kepada pengguna Internet. Lihat juga teknologi tolak |
event management | pengurusan acara | Komunikasi | Korporat | Kaedah, sistem, dan proses perancangan dan pelaksanaan sesuatu program, projek, tindakan, atau majlis yang dijayakan oleh organisasi bagi tujuan melaksanakan dan mempromosikan sesuatu barangan, perkhidmatan, atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak tertentu sama ada individu atau organisasi. Pada kebiasaannya, individu atau organisasi akan melantik perunding pengurusan acara untuk menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan acara sehingga sempurna. Tujuan mendapatkan khidmat perunding pengurusan acara adalah untuk memastikan sesuatu acara atau persembahan meninggalkan kesan kepada khalayak. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan acara termasuklah merancang strategi pelaksanaan, menguruskan kandungan acara seperti nyanyian dan persembahan kesenian, serta pengurusan jemputan dan protokol. Kepuasan yang dialami oleh khalayak melalui acara yang diurus secara berkesan boleh membantu meningkatkan citra organisasi. |