comedy madrigal | madrigal jenaka | Muzik | Tiada | Drama jenaka pada akhir abad ke-16 yang berasaskan beberapa lagu sekular Itali. Lagu ini digabungkan melalui satu tema. Madrigal jenaka terdiri daripada satu prolog dan beberapa babak dan adegan. |
jestbooks | buku jenaka | Kesusasteraan | Tiada | Koleksi mengandungi anekdot dan cerita jenaka, mempunyai unsur-unsur humor, wit dan satira. |
comic opera | opera jenaka | Komunikasi | Tiada | Aktiviti lakonan dan nyanyian yang dipersembahkan secara serentak dalam bentuk drama yang mempunyai unsur-unsur jenaka. |
low comedy | riawara kasar | Komunikasi | Korporat | Jenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kan |
opera buffa | opera buffa | Muzik | Tiada | Opera jenaka Itali yang popular pada abad ke-18. Ceritanya berkenaan dengan kehidupan seharian. Opera buffa mempunyai watak lucu dan elemen jenaka. Skripnya, iaitu libretto dalam bahasa Itali. Contohnya, Le Nozze di Figaro, K. 492 (1786) ciptaan Mozart dan // barbiere di Siviglia (1816) ciptaan Rossini. |
jest | jenaka | Kesusasteraan | Tiada | Perbuatan atau kata-kata yang menggelikan hati, lawak. |
buffa (It) | jenaka | Kesenian | Tiada | Persembahan yang terdapat dalam opera. |
funny story | cerita jenaka | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
humorous literature | kesusasteraan jenaka | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
farcical tales | cerita jenaka | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang berkisar pada seseorang tokoh yang lucu. Kelucuan ada kalanya kerana kebodohannya dan ada kalanya kerana kecerdasannya. Contoh: cerita Lebai Malang dan cerita Musang Berjanggut. |