Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ka.lau] | جکالاو

Definisi : kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ka.lau] | جکالاو

Definisi : kata penghubung yg menyatakan syarat (janji); kalau: Saya akan mula bekerja besok ~ tuan membenarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jikalau
Rujuk :jika

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada,
     ada mengada),
masakan tempua bersarang rendah.

Bermaksud :

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mutator genegen mutatorBiologiGenetikGen yang jikalau mutan boleh meningkatkan kadar mutasi gen.
correlative verserangkap rumpunKesusasteraanPuisiRangkap asal yang mempunyai kaitan atau hubungan langsung secara timbal balik dengan rangkap berikutnya, terutama dari segi pemikiran. Contohnya, pantun berkait ataupun puisi balada. Sinonim rangkap korelatif. Jikalau hidup tidak sembahyang ibarat rumah tidak bertiang.
kit'ahkit'ahKesusasteraanPuisiPuisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua.

Kembali ke atas