boom crutch | sangga joran | Pelayaran | Tiada | Alas sokong joran ketika joran diturunkan dan tidak digunakan. |
double handed rod | joran pemegang berganda | Perikanan | Tiada | Joran yang mempunyai dua pemegang, iaitu di bahagian pangkal dan hadapan serek. Joran ini digunakan untuk melontar tali pada jarak melebihi 50 meter. Tali joran dilontar menggunakan teknik agresif, iaitu dengan cara memegang joran menggunakan kedua-dua belah tangan dan dirembat dari belakang ke hadapan dengan kadar tenaga yang tinggi. |
butt pad | ladam joran | Perikanan | Tiada | Kepingan yang diperbuat daripada kulit atau getah yang diikat pada pinggang pemancing. Ladam joran merupakan tempat meletakkan hulu joran semasa pemancing bertarung dengan ikan yang bersaiz besar. Semasa bertarung, ladam joran menjadi tempat untuk menahan tekanan hulu joran dan meringankan tekanan kepada pinggang pemancing. Alat ini digunakan oleh pemancing yang memancing untuk tempoh yang lama. |
end-tackle | hujung joran | Perikanan | Tiada | Bahagian joran yang terletak paling hujung dan mempunyai gegelang tali. Bahagian joran ini terdapat dalam pelbagai saiz dan tahap anjalannya bergantung pada jenis tangkapan. Contohnya, hujung joran yang lembut digunakan untuk memancing udang galah kerana ia mudah tersentak apabila terhasilnya gigitan daripada mangsa. |
spey cast | lempar libas | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar tali joran dengan mengangkat joran ke belakang melalui sisi dan kemudian tali dilontar ke arah hadapan. Kaedah ini menggunakan joran yang mempunyai pemegang berganda dengan teknik lontaran gelung. Lemparan libas biasanya digunakan di kawasan yang berangin. |
fishing rod | joran | Perikanan | Tiada | Batang atau tangkai pancing. Joran tradisional diperbuat daripada buluh atau kayu yang di hujungnya dipasang tali dan mata kail. Kini, joran yang moden dihasilkan daripada bahan fiber atau grafit yang boleh lentur dan tahan karat. Terdapat pelbagai jenis joran yang berbeza untuk aktiviti memancing di perairan yang berbeza. |
boom down | rendah joran | Komunikasi | Tiada | Arahan supaya merendahkan joran supaya kedudukan kamera atau mikrofon yang terletak di atas joran mudah diubahsuaikan. |
through action rod | tindakan penuh joran | Perikanan | Tiada | Keupayaan joran untuk melentur dari hujung hingga ke hulu joran secara perlahan-lahan disebabkan umpan pada tali pancing telah dimakan oleh ikan. |
rod pumping | enjut joran | Perikanan | Tiada | Kaedah menarik dan melepaskan joran bagi menaikkann ikan yang dipancing. Melalui kaedah ini, joran dienjut berulang kali supaya memudahkan pemancing mengarau tali ke dalam kekili. |
boom goose neck | terbut | Pelayaran | Tiada | Penyambung pada pangkal joran yang mengikat joran kepada tiang layar. |