freestyle | gaya bebas | Sukan | Tiada | Satu gaya renang. Perenang boleh berenang apa jua gaya, kecuali bagi acara rampaian individu dan acara berganti-ganti rampaian. Gaya bebas bermakna apa jua gaya selain gaya dada, gaya kupu-kupu dan gaya lentang. |
equation of continuity | persamaan keselanjaran | Fizik | Mekanik | Persamaan yang dipatuhi oleh apa jua kuantiti yang abadi dan tidak musnah seperti jisim, cas elektrik, tenaga terma, tenaga elektrik atau kebarangkali kuantum mekanik. Persamaan ini menyatakan bahawa kadar penambahan kuantiti dalam apa jua rantau adalah sama dengan jumlah arus yang mengalir ke dalam rantau tersebut. |
chrominance | krominans | Fizik | Optik | Perbezaan antara apa jua warna dengan warna rujukan tertentu yang sama cerah; bagi televisyen warna, warna rujukan tersebut adalah putih yang mempunyai koordinat x = 0.310 dan y = 0.316 dalam gambarajah kekromaan. |
shielding | persaian | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Apa jua cara untuk mengelakkan petikan isyarat atau hingar yang tidak diingini, menindas sinaran isyarat yang tidak diingini atau mengurung isyarat yang dikehendaki ke kawasan atau lintasan yang diingini sahaja seperti dalam perisaian elektrostatik atau elektromagnet. |
elementary charge | cas keunsuran | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Cas bagi apa jua jasad yang gandaan integer cas tersebut bernilai sama dengan cas elektron. |
terminal | terminal | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Skru, titik pematerian atau apa jua titik yang sambungan elektrik boleh dilakukan. 2. Kelengkapan pada ujung suatu sistem geganti mikro gelombang atau saluran penghubungan yang lain. 3. Salah satu titik masukan atau keluaran arus elektrik bagi litar atau komponen. |
duality principle | prinsip kedualan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Prinsip yang menyatakan bahawa bagi apa jua teorem dalam analisis litar elektrik, ada teorem kedualan yang boleh menggantikan kuantiti lain dengan kauntiti kedualan seperti arus dan voltan, impedans dan admitans, jaring dan nod. Prinsip yang menyatakan bahawa analogi boleh diambil antara suatu litar transistor dengan litar tiub vakum yang sepadan. Prinsip yang menyatakan bahawa penyelesaian persamaan Maxwell yang bahari boleh diperolehi daripada penyelesaian yang sedia ada dengan menggantikan keamatan medan elektrik E dengan kemaatan medan magnet H, H dengan -E, keterlusan e dengan ketelapan m dan m dengan e. |
ground-water discharge | luah air tanah | Hidrogeologi | Tiada | Luahan air dari zon tepu dengan apa jua cara: sejatan, pepeluhan, aliran mata air, rembesan efluen, perigi pampa dan keluaran air tanah dari bawah kawasan tersebut. Hal ini mencakup proses luahan, dan air terluah serta kuantitinya. (Dimensi: L3T-1) Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: pengurangan air tanah |
backstroke ending | tamat gaya lentang | Sukan | Tiada | Keadaan apabila perenang perlu menyentuh dinding kolam dengan apa jua bahagian badan dalam posisi terlentang. |
all-weather coat | kot sembarang cuaca | Kesenian | Tiada | Kot kalis air, adakalanya berlapis tunggal, digunakan dalam apa jua keadaan cuaca. |