Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.cang.ka.cang] | کاچڠ٢

Definisi : a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cang.ka.cang] | کاچڠ٢

Definisi : Mn penabur (peluru); baru ~nya baru pendahuluannya (belum ramai lagi dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cang.ka.cang] | کاچڠ٢

Definisi : sj ikan laut, alu-alu, tenak, Sphyraena spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacang-kacang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di pohon kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang jemput kerana malu.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Bagai kacang direndang.

Bermaksud :

Bunyi suara yang tak putus-putus.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
great barracudakacang-kacangPerikananTiadaLihat alu-alu.
kidney beankacang buncis (Phaseolus vulgaris)Pentadbiran PerniagaanTiadaKacang ginjal: Kacang berwarna merah yang berbentuk ginjal.
great barracudaalu-aluPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Sphyraenidae, genus Sphyraena yang berhabitat di dalam air masin. Ikan alu-alu dewasa gemar berenang dalam kumpulan yang besar di kawasan terumbu laut, manakala yang bersaiz kecil pula gemar berenang di kawasan pantai, dan memasuki sungai serta lagun. Ikan ini daripada jenis pemangsa yang memakan sotong dan ikan kecil. Ikan ini sangat agresif dan dikategorikan sebagai ikan rekreasi. Masa terbaik untuk memancing ikan ini ialah pada musim bertelur di kawasan muara sungai kerana ikan alu-alu akan menuju ke kawasan tersebut untuk bertelur dan makan dalam jumlah yang lebih banyak daripada biasa. Sinonim kacang-kacang.
winged beankacang botor/kacang kelisaPertanianTiadaTiada
kembang kacangkembang kacangKerisTiadaLihat kambing kacang.
sulur kacangsulur kacangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk sulur kacang, lazimnya diukir pada bingkai cermin atau gambar dan lain-lain.
kambing kacangkambing kacangKerisTiadaBahagian sor-soran yang terletak di tengah pangkal mata keris yang berhampiran dengan ganja. Sin: awak, kembang kacang.
navy beankacang BostonPentadbiran PerniagaanTiadaKacang Brittany yang dipanggil kacang Boston di Amerika.
Boston beankacang BostonPentadbiran PerniagaanTiadaKacang Brittany yang dipanggil kacang Boston di Amerika.
peptonepeptonBioteknologiTiadaHidrolisat protein daripada daging, kasein, keratin, biji kacang tanah, kacang soya, biji kapas, dan biji bunga matahari. Pepton digunakan sebagai sumber nitrogen dalam sesuatu medium. Komposisi pepton berbeza bergantung pada sumbernya, misalnya pepton daripada gelatin adalah kaya dengan prolina dan hidroksiprolina, tetapi tanpa asid amino sulfur.
12345678910...

Kembali ke atas