pattems of words | pola kata | Kesusasteraan | Puisi | Kerangka kata yang dipilih oleh penyair dengan teliti bagi membentuk frasa-frasa dan kalimat-kalimat dalam sesuatu baris atau rangkap puisi. Pola kata yang diturunkan umumnya terbentuk oleh adanya kombinasi pola kata huruf Konsonan� Vokal-Konsonan (KVK) atau Vokal-Konsonan-Vokal (VKV). Contohnya, puisi "Dialog" karya Kassim Ahmad. Tenteramlah (KVK) anak (VKV) |
parenthesis | tanda kurung | Kesusasteraan | Tiada | Kata, frasa, atau suku kalimat yang di sisipkan ke dalam kalimat yang sebenarnya sudah lengkap. |
parallelism | kesejajaran | Kesusasteraan | Puisi | Pembentukan frasa ataupun kalimat dalam baris-baris puisi pada sesuatu rangkap. Biasanya unsur kesejajaran itu dilakukan pada frasa atau kalimat dalam sesuatu baris yang berhampiran. |
brachyliogy | brakiliogi | Kesusasteraan | Puisi | Kalimat yang dibina oleh seseorang penyair, lengkap dan mampu menyampaikan isu, amanat atau pemikirannya sama ada dalam sesuatu baris atau bait mahupun dalam sesuatu rangkap. Sinonim kalimat padat. |
hackneyed | klise | Kesusasteraan | Puisi | Pengungkapan atau pemilihan kata, frasa atau kalimat yang terlalu kerap digunakan dalam sebuah puisi. Kesannya, keaslian dan keistimewaan kata, frasa atau kalimat tersebut terasa hilang. Contohnya, 'sekuntum mliwar di jambangan menjadi idaman kurnbang'. Sinonim lusuh. . |
pleonasm | ulang bazir | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan gaya pengulangan seperti pengulangan diksi, frasa, kalimat dan rangkap yang dianggap membazir atau tiada memberi makna kepada keseluruhansesebuah puisi. Walaupun tiada pengulangan dilakukan, makna atau penjelasan yang diberikan sebelumnya melalui diksi, frasa, kalimat atau rangkap itu sudah mencukupi. Sinonim makrologi, pleonasme. |
brachyliogy | kalimat padat | Kesusasteraan | Puisi | Lihat brakiliogi. |
proverb | perumpamaan | Kesusasteraan | Tiada | Kalimat yang mengungkapkan keadaan atau kelakuan seseorang dengan menggambil perbandingan dari alam sekitar. |
anacoluthia | anakolutia | Kesusasteraan | Tiada | Pemakaian kalimat yang sengaja menyimpang daripada aturan. |
hypotaxis | hipotaksis | Kesusasteraan | Tiada | Konstruksi kalimat atau fasa koordinatif yang menggunakan kata penghubung. |