Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.dis] | کنديس

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg masam buah­ nya) dlm famili Guttiferae, asam gelugur, lulai, manggis hutan, bebata (Sabah), sikop (Sarawak), Garcinia spp.; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Garcinia nervosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.dis] | کنديس

Definisi : ark manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kandis

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Ketiga dengan asam rumbia;
Hati menangis di pintu kubur,
     Kerana nak balik dalam dunia.


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kandiskandisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Garcinia spp. daripada famili Guttiferae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah asam gelugur, lulai, dan manggis hutan, di Sabah ialah bebata, dan di Sarawak ialah sikop. Beberapa spesies utamanya termasuk Garcinia atroviridis, G. bancana, G. cowa, G. forbesii, G. griffithii, G. malaccenis, dan C. fortifolia. Gubal kayu kandis sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kemerahan atau merah coklat tua. Bagaimanapun, warna teras kayunya berbeza-beza mengikut spesies. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 690 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat hingga amat berat. Kayu kandis berat dan agak sukar dikerjakan, kerana mempunyai mendapan silika dalam beberapa spesiesnya, sederhana tahan dan mudah diserang anai-anai. Kayu ini digunakan untuk membuat tiang pagar dan kayu jaras. Spesies yang lebih berat dan lebih tahan digunakan untuk membuat jambatan sementara.
candyskandisKesenianTiadaPakaian yang dibuat daripada fabrik sekeping, longgar, labuh dan berleher serelum. Pada asalnya pakaian ini menjadi jubah luar orang-orang Arab, Mesir di Timur Tengah pada kurun yang pertama.
kandyskandisKesenianTiadaPakaian yang dibuat daripada fabrik sekeping, longgar, labuh dan berleher serelum. Pada asalnya pakaian ini menjadi jubah luar orang-orang Arab, Mesir di Timur Tengah pada kurun yang pertama.

Kembali ke atas