two-barrel carburetor | karburetor dua laras | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Karburetor yang mempunyai dua laras tunggal karburetor dalam satu pemasangan. Terdapat dua jenis penggunaan karburetor dua laras, iaitu pertama, membekalkan campuran kepada separuh daripada bilangan silinder enjin seperti yang digunakan dalam V-8 enjin. Satu laras untuk membekalkan bahan api kepada silinder nombor 2, 3, 5 dan 8 manakala satu lagi membekalkan silinder nombor 1, 4, 6 dan 7. Kedua, barel utama membekalkan campuran bahan api kepada silinder yang sama sehingga injap pencekiknya terbuka melebihi 45° bukaan. Kemudian injap pencekik barel kedua mula terbuka dan bahan api tambahan dibekalkan melalui kedua-dua barel. |
four barrel carburetor | karburetor empat laras | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Karburetor yang mempunyai empat buah injap pendikit yang dipasang dalam bentuk dua laras secara bersebelahan. Karburetor ini terdiri daripada dua laras primer dan dua laras sekunder. Laras primer mengendalikan kesemua silinder enjin sehingga injap pendikit berada dalam keadaan buka penuh, seterusnya laras sekunder akan terbuka dan membekalkan campuran udara- bahan api tambahan untuk operasi pecutan dan kuasa penuh. |
feedback carburetor | karburetor suap balik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Karburetor yang mengawal nisbah campuran udara-bahan api secara elektromekanikal bertujuan mengurangkan pancaran ekzos. Nisbah ini dikawal oleh komputer pengawal enjin melalui solenoid yang seterusnya mengawal motor pelangkah atau injap kawalan vakum. |
downdraft carburetor | karburetor alir bebas bawah | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Karburetor yang dipasang pada atas enjin yang aliran udaranya bergerak ke bawah menerusi venturi masuk ke dalam enjin. |
feedback carburetor | karburetor suap balik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Karburetor elektromekanikal dengan sistem kawalan komputer untuk melaraskan secara automatik nisbah udara-bahan api yang paling optimum supaya pancaran gas ekzos yang berbahaya dapat dikurangkan. |
four-barrel carburetor | karburetor empat tong | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Karburetor yang mempunyai empat injap pendikit. |
variable venture caburetor | karburetor venture berubah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Karburetor yang mempunyai saiz venturi yang berubah menurut perubahan laju dan beban enjin. |
carburetor | karburetor | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat pencampur bahan api cecair, iaitu petrol dengan udara pada nisbah tertentu serta membekalkan campuran tersebut ke dalam pancarongga pengambilan. Alat ini terletak di bawah penapis udara dan bersambung dengan pancarongga pengambilan. Karburetor biasanya berbentuk silinder tunggal, berkembar atau berempat. Banding sistem suntikan bahan api. |
float level | aras pelampung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kedudukan pelampung di dalam karburetor, untuk membolehkan injap jarum mengawal salur masuk bahan api ke dalam karburetor. |
air bleed | penjujuh udara | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bukaan ke dalam laluan bahan api dalam karburetor yang mem- bolehkan udara melalui atau terjujuh ke dalam karburetor. |