Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
karya (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerja: tugas

2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir, hikayat, rubai, lukisan,

Kata Terbitan : berkarya, pengkarya,

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
masterpiecekarya agungKesusasteraanTiadaTiada
masterpiecekarya agungKesenianTiadaTiada
chet d'oeuvrekaryatamaKesusasteraanTiadaKarya agung yang dianggap menggambarkan peradaban sesuatu bangsa. Contoh: bangsa melayu dengan Hikayat Hang Tuah dan Jawa dengan Kakawin Negarakartagama.
masterpiecekarya agungKesusasteraanTiadaKarya sastera yang benar-benar bernilai, tahan diuji oleh masa, keadaan, yang menjadikan pengarangnya dikenali atau terpenting.
canondaftar karyaKesusasteraanTiada1. Dalam agama Kristian daftar kitab rasmi yang diterima sebagai sebahagian Alkitab, dianggap ilham daripada Tuhan.  2. Zaman sastera klasik daftar karya agung yang wajib dibaca oleh para siswa dan merupakan sebagai contoh untuk ditiru.
eposeposKesusasteraanTiadaPuisi epik yang wujud dalam tradisi lisan. Epos merupakan karya yang awal dalam tradisi kesusasteraan kebanyakan masyarakat di dunia, khususnya mengungkapkan kisah kepahlawanan wira tempatan. Contohnya, karya Gilgamesh merupakan epos agung dalam tradisi Sumeria. Lihat juga barda.
heuristicheuristikKesusasteraanTiadaTeknik dalam karya sastera untuk mendapatkan maklumat. Tujuan asas kesusasteraan agung adalah untuk heuristik, iaitu kesusasteraan dicipta untuk membolehkan pembaca menemui makna hidup. Heuristik juga merujuk kepada peristiwa dalam sesebuah karya sastera yang menolong seseorang watak menemui kebenaran. Heuristik berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penemuan�.
grand styleadigayaKesusasteraanTiadaGaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola.

Kembali ke atas