laran | laran | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Anthocephalus chinensis daripada famili Rubiaceae. Nama tempatannya ialah kelempayan, di Sabah ialah limpuh, dan di Sarawak ialah entiponi. Gubal kayunya dan teras kayu laran sukar dibezakan , dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya agak halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 379 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikeringkan, diproses dan diawet, tetapi mdah diserang serangga perosak dan klat pewarna gubal. Kayu laran sesuai untuk papan lapis, kotak kayu, kasut kayu, sepit makan, dan juga sebagai sumber pulpa untuk industri kertas. |
pulai | pulai | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Alstonia spp. daripada famili Apocynaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah sayungan, dan di Sarawak ialah mergalang dan pelai. Spesies utamanya ialah Alstonia angustifolia dan A. angustiloba. Gubal kayu pulai sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih susu atau kuning muda. Tekstur kayunya halus hingga sederhana kasar, dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 475 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, cepat mengering, mudah diawet dan tidak tahan. Gubal kayunya mudah diserang kumbang dan kulat pewarna gubal. Kayu sesuai digunakan untuk kerja ukiran, bingkai gambar, alat permainan, kasut kayu, dan penyepit makanan. |
wood products | keluaran kayu | Ekonomi | Tiada | Barang-barang yang diperbuat daripada kayu seperti papan, kayu lapis, papan gentian keras, papan gentian serbuk kayu, tingkap dan pintu, kotak, termasuk juga rumah pasang siap dan kasut yang dibuat daripada kayu, tetapi tidak termasuk perabot kayu. |
shoe tree | pengasak kasut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahan berbentuk sama ada daripada kayu atau logam yang dimasukkan ke dalam kasut untuk menguatkannya atau memelihara bentuk kasut. |
terentang | terentang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Campnosperma spp. daripada famili Anacardiaceae. Spesies utama kayu ini termasuk Campnosperma auriculatum, C. squamatum, dan C. coriaceum. Gubal kayu terentang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan berwarna merah jambu. Tekstur kayunya halus dan rata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 320 hingga 560 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah diproses dan dikemas siap, dengan permukaan yang agak berbulu. Kayu ini kurang tahan tetapi mudah dikeringkan dan diawet. Kayu terentang banyak digunakan untuk mancis, kotak, venir, papan lapis, dan tapak kasut. |
honey fungus | kulat madu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kulat Armillaris mella daripada kelas Basidiomycetes yang menyebabkan reput pangkal pada kebanyakkan kayu keras dan kayu konifer. Kulat ini mempunyai rizomorf yang berbentuk bebenang tebal yang menyerupai tali kasut. |
footwear manufacture | pembuatan kasut | Ekonomi | Tiada | Pembuatan pelbagai jenis sepatu yang sebahagian besarnya daripada kulit, kain dan bahan-bahan lain tetapi biasanya tidak termasuk sepatu yang sebahagian besarnya diperbuat daripada getah, kayu atau plastik. |
buckle | kancing; lengkok; geleding | Sosiologi | Tiada | 2. Kancing: Penyangkuk hiasan daripada logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung, mempunyai satu atau dua pengancing yang digunakan pada tali pinggang, kasut dan pakaian. |
gasper | gancu | Kesenian | Tiada | Penyangkuk hiasan atau kancing berfungsi diperbuat daripada logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung, mempunyai satu atau dua pengancing yang digunakan pada tali pinggang, kasut dan pakaian. |
buckle | kancing; lengkok; geleding | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Kancing: Penyangkuk hiasan daripada logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung, mempunyai satu atau dua pengancing yang digunakan pada tali pinggang, kasut dan pakaian. |