haplology | haplologi | Kesusasteraan | Tiada | Penyusutan pada sesebuah kata dalam kalimat kerana dua suku katanya atau dua katanya sebunyi dan diucapkan hanya sekali. Contoh: kelawar untuk kelelawar, laki untuk lelaki, tamu untuk tetamu. |
scanning speech | pertuturan terjeda | Perubatan | Tiada | Pertuturan yang suku katanya terhenti-henti. |
paraphrase | parafrasa | Kesusasteraan | Puisi | Karangan yang telah ditulis semula dengan mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi mengekalkan maksud atau idea asalnya. Ia bertujuan untuk menjelaskan lagi karangan asalnya. Dalam puisi boleh ditulis semula menjadi parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk prosa. |
quaternarius | baris empat padat | Kesusasteraan | Tiada | Istilah daripada perkataan Yunani yang tidak dikenali asal usul katanya yang menunjukkan kaki matra yang mengandungi suku kata yang tidak ditekankan diikuti dengan suku kata yang tidak ditekankan iaitu /. |
paraphrase | parafrasa | Kesenian | Drama dan Teater | Karangan yang ditulis semula dengan mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi mengekalkan maksud atau idea asal yang bertujuan untuk memperjelas karangan asal. |
paraphrase | parafrasa | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang telah ditulis semula dengan cara mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi tetap mengekalkan maksud atau idea asalnya. Parafrasa biasanya ditulis untuk memperjelaskan lagi maksud karangan asalnya. Sebuah puisi boleh ditulis semula dalam bentuk prosa sebagai sebuah parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk puisi itu. |
haplogie | susut bunyi | Kesusasteraan | Tiada | Pengurangan yang terjadi pada sesebuah kata atau kalimat kerana dua suku katanya yang sebunyi hanya diucapkan sekali sahaja. Contoh: laki-laki menjadi lelaki, kura-kura menjadi kekura, langit-langit menjadi lelangit. |
proverb | bidalan | Kesusasteraan | Puisi | Pepatah atau peribahasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya isi ataupun amanat yang terkandung dalam sesuatu bidalan itu merupakan nasihat, peringatan, sindiran dan juga panduan hidup. Penyusunan kata� katanya juga lurus dan sederhana supaya dalam maksud yang hendak disampaikan mudah difahami oleh khalayak. Contohnya, seperti di bawah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. |
minimalism | minimalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya dramatik yang mengehadkan karya kepada yang asas dan ringkas dalam bentuk yang singkat. Contohnya, karya haiku, epigram dan sketch dramatik yang amat singkat atau berbentuk monolog. Penggunaan latar hiasnya amat sedikit dan penggunaan kosa katanya kadangkala tanpa ujaran sehingga senyap sunyi. Contohnya, drama karya Samuel Beckett bertajuk Breath yang pementasannya mengambil masa 30 saat. Drama ini tidak mempunyai watak dan tiada sebarang ucapan. |
canon of poetry | piawai nilai puisi | Kesusasteraan | Puisi | Peraturan atau ciri yang khusus bagi sesebuah puisi merupakan asas bagi menilai sesebuah puisi. Umpamanya bagi menilai serangkap pantun yang mengandungi nilai-nilai estetik. Pantun ini mempunyai pembentukan rima akhimya a b a b, jumlah perkataan dalam setiap baris biasanya empat dan jumlah suku katanya antara lapan hingga dua belas. Sinonim daftar karya puisi. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. |