bat's width | lebar kayu pukul | Sukan | Tiada | Lebar kayu pukul, iaitu tidak melebihi 10.8 cm. |
dressed timber | kayu berketam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu gergaji yang telah diketam pada satu permukaan atau lebih. Ada beberapa kategori kayu berketam yang dihasilkan, iaitu kayu berketam dua muka lebar (K2L), kayu berketam satu muka tepi (K1T), dan kayu berketam dua muka tepi (K2T). Ukuran kayu berketam biasanya terkurang sedikit daripada ukuran kayu gergaji yang telah ditetapkan. |
spesial market specifications | spesifikasi pasaran khas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Spesifikasi penggredan yang memperuntukkan peraturan penggredan kayu gergaji yang mempunyai kegunaan terakhir tertentu. Spesifikasi ini digunakan dalam ukuran yang dibekalkan oleh pengeluar, misalnya kayu landasan kereta api atau kayu palang. Setiap gred mempunyai peruntukan cacat terizinkan, dan kepingan kayu dalam gred, tertentu perlu memenuhi peruntukkan masing-masing. Spesifikasi penggredanini digunakan untuk menggred kayu sempurna lebar dan kayu panel, kayu jalur, kayu pendek, kayu palang, kayu gerabak kereta api, kayu landasan kereta api, beruti, beruti besar segiempat sama, dan kayu geladak. |
kayu masam | kayu masam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Aporusa spp daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah bagil, galang-galang, dan penatan. Spesies utama kayu masam termasuk Aporusa aurea, A. elmeri dan A. grandistipulata. Gubal kayu ini agak sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata, kerana kehadiran sel ruji yang lebar, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 655 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat dan keras. Kayu masam mudah diproses dan dikeringkan tanpa mengalami cacat yang serius. Kayu ini digunakan untuk membuat perabot, kasau, dan hulu peralatan. |
saw alive | racik selari | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Cara membelah kayu balak melalui pembelahan selari mengikut arah ira utama kayu. Kedudukan kayu balak tidak perlu diubah-ubah semasa menggergaji. Cara sesuai untuk kayu yang bergaris pusat kecil seperti kayu pain dan kayu yang bermutu rendah. Tetapi kebanyakan papan yang dihasilkan mudah menggeleding. Sin: racik lebar. |
face | muka | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Permukaan lebar pada kayu gergaji, venir, papan lapis atau papan panel yang lain, yang menentukan gred dan mutu hasil kayu berkenaan. Misalnya, kayu gergaji segiempat mempunyai empat muka dan venir papan lapis hanya mempunyai dua muka, yang boleh dinilai gred dan mutunya. |
face knot | buku muka | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Buku kayu yang terdapat pada bahagian tengah permukaan lebar kepingan kayu. Buku ini biasanya mengurangi mutu kayu berkenaan. |
shrinkage | kecutan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses pengurangan ukuran panjang, lebar, tebal, dan isipadu kayu akibat proses pengeringan kayu di bawah takat tepu gentian. Kecutan yang lebih besar berlaku pada muka potongan tangen daripada muka potongan jejari, dan yang paling kecil ialah pada permukaan memanjang. Kadar kecutan begantung pada spesies kayu. |
coarse grain, open grain | ira kasar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ira kayu yang mempunyai gelang pertumbuhan yang lebar dan jelas, dengan perbezaan yang ketara antara kayu awal dan kayu akhir. Istilah ini digunakan juga bagi ira pada kayu yang mempunyai liang yang besar, seperti ira kayu berangan dan mempening. |
kembang semangkuk | kembang semangkuk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Seaphium spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kembang semangkuk bulat dan kembang semangkuk jantung, dan di Sabah ialah kembang semangkuk batu. Spesies utama kayu ini termasuk Scaphium macropodum, S. linearicarpum, dan S. longiflorum. Gubal kayu dan teras kayu kembang semangkuk berwarna hampir sama, iaitu kuning coklat atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai ruji dan lapisan parenkima yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu kembang semangkuk ini menghasilkan pola ira yang menarik dan menjadikannya sesuai untuk hiasan dalaman, papan panel, papan lapis, dan venir hiasan. |