Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.Öa.jai.ban]/[ke.a.jai.ban] | کعجاءيبن

Definisi : 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, ke­ganjil­an, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya me­nyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.Öa.jai.ban]/[ke.a.jai.ban] | کعجاءيبن

Definisi : 1 keadaan atau sifat ajaib; keanehan; keganjilan: ~ yg ada pdnya mengagumkan semua. 2 sesuatu (ciptaan, kejadian dsb) yg menakjubkan: tujuh ~ dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keajaiban


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hermeticismhermetisismeKesusasteraanTiadaPuisi dan korpus penulisan Barat yang menggunakan simbolisme ilmu ghaib dan keajaiban ini berpunca daripada tradisi Yunani. Istilah ini berasal daripada nama Hermes Trismegistus, tokoh yang disamakan dengan dewa Yunani yang bernama Hermes. Ajaran Hermes dianggap sebagai punca kepada penghasilan korpus penulisan dan doktrin mistik yang wujud pada Zaman pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Puisi hermetik terbitan daripada hermetisisme biasanya mengandungi butir-butir metafizik yang sukar difahami. Maknanya seolah-olah tertutup rapat oleh kod rahsia simbolik, dan bahasa serta imejannya amat subjektif. Kesan �muzik� dan kuasa sugestif kata-kata, sama penting dengan maknanya. Fungsinya adalah untuk melucutkan makna logik daripada kata-kata. Hal ini meningkatkan kesan kesepian dan kesan dramatik dalam puisi. Oleh itu, puisi hermetik menimbulkan kuasa simbolik dan esoterik di sebalik kata-kata. Estetika yang bersifat subjektif ini mengelakkan unsur-unsur struktur yang biasa seperti naratif
baroque theatreteater barokKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater yang menyelitkan elemen penyamaran, keraguan, kekerasan, rekaan yang hebat, penggunaan kostum mewah dan adegan keajaiban. Teater jenis ini berkembang di Eropah pada abad ke-17, khususnya Perancis.
romanceromanKesusasteraanTiadaNaratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirny

Kembali ke atas