Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.ma.tan] | کأمتن

Definisi : 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.ma.tan] | کأمتن

Definisi : ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elektrik dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keamatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intensitykeamatan; keintensitan; keteguhan; ketegasanMatematikTiada1. Keamatan: Keamatan punca sinaran. Fluks punca sinaran yang dipancarkan per unit sudut pepejal oleh suatu punca titik dalam arah tertentu dan diukur dalam kiraan watt per steradian.
rainfall intensitykeamatan lebat hujan; lebat hujan; keamatan curahan hujan; keamatan hujanGeografiTiadaTiada
background radiationsinaran latar belakangKejuruteraanPetroleumKehadiran serta keamatan sinaran radioaktif yang terdapat dalam persekitaran yang merupakan keamatan tambahan kepada keamatan sinaran radioaktif tertentu yang sedang diperhatikan. Dalam pengelogan keradioaktifan, sinaran latar belakang diwakili oleh sinaran radioaktif semula jadi yang telah sedia kala wujud dalam formasi.
intensity of segregationkeamatan pengasinganKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah perubahan umum purata agregat molekul terhadap perubahan umur molekul individu. Nisbah ini digunakan untuk mengukur pengasingan separa keamatan pengasingan sifar. Keamatan pengasingan bernilai sifat pada keadaan makrobendalir dan bernilai satu pada keadaan mikrobendalir.
rada meteorological observationpencerapan meteorologi radarMeteorologiMeteorologi PerhubunganPencerapan gema radar yang diterima daripada sasaran meteorologi seperti yang dipamerkan oleh paparan radar cuaca. Penilaian dibuat berdasarkan orientasi, liputan, keamatan, kecenderungan keamatan, ketinggian, gerakan, dan ciri-ciri gema yang mungkin menandakan keadaan cuaca tertentu, yang merangkumi ribut ganas (seperti taufan, tornado, atau ribut petir) dan perambatan anomali. Lihat RAREP.
intensity spectrum levelaras spektrum keamatanFizikAkustikAras spektrum yang dirumuskan sebagai, L = 10 log10 (L = aras spektrum keamatan dalam desibel (dB); 10 = keamatan bunyi rujukan pada lebar jalur 1 Hz.; I = kemanatan bunyi yang diukur; f = lebar jalur berkesan sistem turas)
colorimeterkolorimeterKimiaTiadaAlat yang digunakan untuk mengukur kepekatan larutan yang juzuknya diketahui dengan membandingkan keamatan warnanya dengan keamatan warna larutan piawai juzuk tesebut.
distributed forcedaya teragihMekanikGunaanDaya yang bertindak pada suatu kawasan yang terhingga yang dimensinya tidak boleh diabaikan. Kawasan itu mungkin merupakan garis, satah isi padu. Daya teragih diukur berdasarkan keamatan agihannya. Keamatan itu diukur dalam unit N.m-1 bagi agihan garis, N.m-2 bagi agihan satah dan N.m-3 bagi agihan isipadu. Daya teragih merupakan kumpulan unit daya selari, atau tegasan, yang bertindak pada setiap titik di kawasan kenaannya.
respond of earsambutan telingaFizikAkustikSambutan yang disangsang oleh telinga manusia terhadap gelombang bunyi. Sambutan ini berubah terhadap frekuensi (20 hingga 20 000Hz) dan keamatan bunyi (10-12 � 1 watt/m2). Telinga manusia lebih sensitive kepada bunyi pada keamatan rendah daripada keamatan tinggi dan lebih sensitive kepada perubahan frekuensi daripada perubahan keamatan bunyi.
radar meteorological observationpencerapan meteorologi radarSainsHidrometeorologiPenilaian gema radar yang diterima dari sasaran meteorologi seperti yang dipamerkan oleh alat penerima yang sesuai, yang kelihatan di penunjuk radar cuaca, sebagai arah, liputan, keamatan, kecenderungan keamatan, ketinggian, gerakan, dan ciri-ciri unit gema yang unggul yang mungkin menandakan jenis ribut kencang (seperti hurikan, tornado atau ribut petir) dan perambatan anomali. Pencerapan radar demikian biasanya disingkatkan sebagai RAREP (Radar Report = Laporan Radar).
12345678910...

Kembali ke atas