Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.né.han] | کأنيهن

Definisi : 1. sesuatu yg aneh, sifat (ciri dsb) yg aneh: tiap-tiap bahasa mempunyai ~ sendiri; 2. perihal aneh, keluarbiasaan, keganjilan: orang ramai masih bercakap-cakap tentang ~ kejadian itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.né.han] | کأنيهن

Definisi : keadaan aneh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keanehan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exoticismeksotisismeKesusasteraanTiadaKeanehan yang tergambar dalam sesuatu cerita tanpa mengambil kira gambaran tersebut benar atau palsu. Keanehan tergambar pada aspek latar, peristiwa, dan watak yang mempesonakan serta mengasyikkan dalam sesuatu cerita. Dari sudut wacana orientalisme, gambaran eksotisisme ini sengaja menonjolkan sifat aneh dan asing bagi latar, motif, rujukan budaya, dan sosial masyarakat Timur. Kebanyakan karya kolonialisme pada abad ke-18 dan 19 memaparkan negara Timur seperti India, Timur Tengah dan Asia Tenggara sebagai latar eksotik. Contoh eksotisisme ditemui dalam karya bertajuk Persian Eclogues (1742) oleh Willian Collins, Vathek (1786) oleh William Beckford, dan Lord Jim (1895) oleh Joseph Conrad.
bibelotbibelotPerpustakaanTiadaBuku kecil yang luar biasa dan berharga kerana keanehan format dan kenadirannya.
antinovelantinovelKesusasteraanTiadaBentuk cereka kontemporari yang dihasilkan oleh pengarang yang mendukung fahaman bahawa keanehan atau keluarbiasaan pengalaman adalah objek atau perkara sebenar bagi pengarang yang mengemukakan realiti.
antiparticleantizarahMatematikTiadaSepasang zarah asas, seperti elektron tambah positron atau proton plus antiproton, yang mempunyai jisim rehat yang serupa tetapi mempunyai cas, keanehan dan sifat asasi lain yang sama magnitudnya tetapi mempunyai tanda yang bertentangan.
Klinefelter’s syndromesindrom KlinefelterSains ForensikTiadaKeabnormalan genetik pada individu lelaki yang mempunyai lebih daripada satu kromosom X. Analisis imej bagi hasil PCR bagi X-Y amelogenin menunjukkan keamatan jalur bagi kromosom X adalah dua kali ganda lebih kuat berbanding jalur bagi kromosom Y. Keanehan kromosom ini boleh menjadi penanda genetik yang sangat berguna khususnya dalam kes forensik yang melibatkan individu XXY yang pernah dilaporkan. Sindrom Klinefelter dikenali juga sebagai sindrom XXY.
K-mesonmeson-KFizikModenEmpat meson pseudoskalar yang mempunyai jisim kira-kira 495 MeV dan mereput melalui saling tindakan yang lemah: K+,K-,Kso,dan K1o. Meson-meson ini terdiri daripada dua dublet spin isotop, dublet [K+, Ko] dan budlet antizarahnya [K-, Ko] yang masing-masing mempunyai hipercas atau keanehan +1 dan –1, dengan Kodan Ko adalah gabungan keadaan K1o dan Kso) kaon.
adverse drug reaction (ADR)tindak balas advers drug (ADR)FarmasiFarmakologiTindak balas drug yang menghasilkan kesan berbahaya daripada penggunaan drug pada dos normal. Walau bagaimanapun, ADR berbeza dengan ''kesan sampingan", iaitu ADR mungkin juga boleh termasuk kesan-kesan yang boleh memberi manfaat, kesan tidak memudaratkan, atau kesan memudaratkan. ADR boleh diklasi:fikasikan kepada: i. Jenis A, iaitu kesan fannakologik yang ditingkatkan, bergantung pada dos dan boleh diramal. ii. Jenis B, iaitu kesan keanehan atau idiosinkratik yang tidak bergantung pada dos dan tidak dapat diramal. iii. Jenis C, iaitu kesan yang kronik. iv. Jenis D, iaitu kesan yang tertangguh. v. Jenis E, iaitu kesan selepas rawatan berakhir. vi. Jenis F, iaitu kegagalan terapi.

Kembali ke atas