courage | keberanian | Pendidikan | Tiada | Tiada |
heroism | kewiraan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat-sifat yang ada pada seseorang wira seperti kepahlawanannya, keberanian, pengorbanan diri, tidak mementingkan diri sendiri dan sebagainya. |
blessing | berkat; rahmat | Sejarah | Tiada | Rahmat, berkat atau kurnia dari kuasa tertinggi atau Tuhan, biasanya pengurniaan bintang keberanian yang dilakukan oleh pemerintah atau maharaja sejak zaman Rom kepada pahlawannya. |
citation | ucap jasa; kutipan; nukilan | Sejarah | Tiada | 2. Kenyataan atau pernyataan rasmi sebagai penghargaan di atas kejayaan atau keberanian seseorang. |
saga | hikayat; saga | Kesusasteraan | Tiada | Hikayat - Hasil kesusasteraan yang dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan tarikhnya, yang mengandungi kesaktian, keberanian dan kegagahan wira yang luar biasa serta unsur magis. |
chivalric literature | sastera kesateriaan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain). |
kiasan | kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang digunakan untuk mengatai dan mengejek seseorang tidak dengan berterus terang. Kiasan juga digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara secara bandingan, sama ada dengan menyebut bandingannya atau sebaliknya. Kiasan mempunyai perkataan sebanding dengan kinayah dalam bahasa Arab, dan kinayah merupakan salah satu aspek ilmu al-bayan (retorika). Namun, kisah berbeza dengan kinayah kerana kiasan mampu menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara atau dapat memberikan makna dan kesan yang khusus kepada pengucapnya, sedangkan kinayah digunakan untuk tujuan bombastik atau penekanan untuk menggambarkan sifat mulia dan keberanian seseorang. Kiasan mempunyai persamaan dengan eufemisme dari sudut gambaran sifat sensitiviti, kesopanan dan rasa malu penuturnya untuk mengelakkannya daripada menyinggung perasaan orang lain. |
platonism | platonisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek terse |