rhomboid reactor | reaktor romboid | Bioteknologi | Tiada | Bioreaktor tegak dan bersiri yang terbina daripada kebuk-kebuk berbentuk rombus berleher sempit yang membolehkan peredaran biopemangkin dan substrat. Karbon dioksida yang dihasilkan menjadi daya penggerak untuk peredaran bahan-bahan dalam bioreaktor ini. |
false curvature | kelengkungan palsu | Kejuruteraan | Tiada | Landasan yang dilalui oleh kumin-kumin akibat tindak balas yang tidak dapat dikesan, dapat dilihat dalam kebuk kabus, kebuk gelembung, kebuk pembakaran atau dalam pancaran cahaya dari kamera semasa menangkap gambar. |
stability chamber | kebuk kestabilan | Farmasi | Farmaseutik | Alat yang digunakan untuk ujian kestabilan sesuatu bahan. Persekitaran di dalam kebuk boleh dikawal dari segi suhu, kelembapan dan pencahayaan. Sinonim kebuk persekitaran, kebuk kelembapan. Lihat juga ujian kestabilan. |
shock tube | tabung kejutan | Fizik | Mekanik | Tabung panjang yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian kebuk mampatan dan bahagian kebuk pengembangan, oleh sekeping gegendang. Apabila tekanan tinggi diwujudkan dalam bahagian kebuk pengembangan, oleh sekeping gegendang. Apabila tekanan tinggi diwujudkan dalam bahagian kebuk mampatan, gegendang tersebut akan pecah dan gelombang kejutan yang terhasil dalam bahagian kebuk |
cold chamber | kebuk sejuk | Aeroangkasa | Tiada | Kebuk di bawah paras suhu 0oC untuk menguji peralatan bahagian struktur dan lain-lain.,Kebuk di bawah paras suhu 0oC untuk menguji peralatan bahagian struktur dan lain-lain. |
cloud chamber | kebuk awan | Kimia | Tiada | Kebuk yang mengandungi udara yang tepu lampau dengan wap (lazimnya alkohol) yang digunakan untuk mengkaji zarah asas sampel radioaktif. Zarah seperti elektron, proton dan zarah alfa berkeupayaan mengionkan molekul di dalam kebuk sewaktu zarah ini bergerak. Ion yang tertinggal dalam jejakan zarah merangsang kondensasi wap menjadi cecair, dengan itu jejak zarah dapat dilihat di dalam kebuk tersebut. |
fume chamber | kebuk wasap | Kimia | Tiada | Kebuk yang digunakan sebagai tempat untuk menjalankan uji kaji makmal yang menggunakan atau membebaskan gas beracun. Kebuk ini dipasang dengan alat penyedut udara untuk mengekstrak gas beracun tersebut. |
ionization chamber | kebuk pengionan | Farmasi | Tiada | Kebuk berisi gas pada tekanan rendah yang mengandungi dua elektrod dan terdapat voltan tinggi di antara kedua-dua elektrodnya. Kebuk pengionan digunakan untuk mengesan, mengukur, dan mengkaji sinaran pengionan melalui arus yang terhasil daripada pengionan gas di antara elektrod. Berguna antaranya untuk menentukan sumber radioaktif. |
ionization chamber | kebuk pengionan | Kimia | Tiada | Kebuk berisi gas pada tekanan rendah yang mengandungi dua elektrod dan terdapat voltan tinggi di antara kedua-dua elektrodnya. kebuk pengionan digunakan untuk mengesan, mengukur dan mengkaji sinaran pengionan melalui arus yang terhasil daripada pengionan gas di antara elektrod. Misalnya, pembilang Geiger-Muller. |
iris | iris | Veterinar | Praklinikal | Gegelang tisu berbentuk leper dan melekat pada sklera. Iris membahagi ruang antara kanta dengan kornea kepada kebuk anterior dan kebuk posterior. Iris mengandungi melanin yang memberi warna pada mata dan juga mengawal paras cahaya dalam mata melalui pembukaan bulat di tengahnya yang dikenali sebagai pupil. |