intentional injury | kecederaan disengajakan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kecederaan yang disebabkan oleh perbuatan dengan niat untuk mencederakan diri sendiri. Pada umumnya kecederaan ke atas insured boleh dilindungi oleh insurans selagi kecederaan itu tidak disengajakan. |
wilful injury | kecederaan sengaja | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kecederaan yang disebabkan oleh perbuatan dengan niat untuk mencederakan diri sendiri. Pada umumnya kecederaan ke atas pihak yang diinsuranskan boleh dilindungi oleh insurans selagi kecederaan itu tidak disengajakan. |
Ig. Intentional injury | kecederaan disengajakan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kecederaan yang disebabkan oleh perbuatan dengan niat untuk mencederakan diri sendiri. Pada umumnya kecederaan ke atas insured boleh dilindungi oleh insurans selagi kecederaan itu tidak disengajakan. |
Cold injury | Kecederaan sejuk | Pertanian | Agronomi | Kerosakan tumbuhan akibat suhu yang terlalu sejuk. Kecederaan sejuk boleh berlaku kepada semua bahagian tumbuhan termasuk daun, batang, dahan, bunga dan akar. Kecederaan bermula pada bahagian daun dan batang apabila kristal ais terbentuk dalam sel, menyebabkan tisu menjadi hitam dan lembik. Kecederaan pada akar menyebabkan kematian pokok. Sekiranya suhu sejuk berlaku bersama angin kencang, daun akan mula kering, menjadi perang dan gugur. Contohnya, tanaman limau di Florida, Amerika Syarikat yang kadangkala mengalami kecederaan sejuk apabila dilanda angin sejuk dari kawasan utara. |
serious mental harm | kecederaan teruk mental | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kecederaan atau gangguan terhadap mental, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan dan memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk mental merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk mental boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. Contoh kecederaan teruk mental ialah mangsa menjadi gila, fobia, takut, keinginan untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri. |
serious bodily harm | kecederaan teruk badan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kecederaan pada tubuh badan, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan atau memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk badan merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk badan boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. |
airway injury | kecederaan salur udara | Perubatan | Tiada | Kecederaan atau luka di bahagian salur udara yang boleh menyebabkan gangguan pernafasan. Kecederaan ini boleh terjadi akibat kemalangan yang melibatkan salah satu atau semua bahagian muka, hidung, leher atau dada, inhalasi agen toksik dan asap. |
bodily injury | kecederaan anggota | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kecederaan kepada tubuh badan yang dialami oleh seseorang dalam tempoh polisi termasuk kematian pada bila-bila masa akibat daripada kecederaan tubuh badan yang dialami. |
concussion of tooth | gigi terkonkusi | Pergigian | Tiada | Kecederaan yang berlaku pada gigi tanpa menunjukkan tanda dan gejala ketika kecederaan tersebut. Dalam tempoh yang panjang, kecederaan tersebut boleh mengakibatkan kematian pulpa. Pesakit hanya akan berjumpa dengan doktor pergigian untuk mendapatkan rawatan setelah mendapati gigi tersebut berubah warna. Pengambilan riwayat gigi yang dijalankan dengan teliti akan dapat mengesan bahawa gigi pesakit pernah mengalami kecederaan. |
injury accident | kemalangan cedera | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kemalangan yang melibatkan satu kecederaan atau lebih, termasuk kecederaan parah dan ringan serta maut. |