Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.mer.la.ngan] | کچمرلڠن

Definisi : ki keelokan, keindahan, kegemilangan: nyanyian itu menyimpan sejarah ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.mer.la.ngan] | کچمرلڠن

Definisi : hal atau keadaan cemerlang; kegemilangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecemerlangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civil service excellencekecemerlangan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Amalan yang mulia berlandaskan nilai-nilai murni, sikap, budaya dan etika kerja positif yang diterapkan dalam perkhidmatan awam. Kecemerlangan perkhidmatan awam menjadi tunjang utama kepada kelicinan, kecekapan dan keberkesanan pentadbiran negara di samping meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan. Pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak pemerintah dalam mewujudkan kecemerlangan perkhidmatan awam seperti pengenalan Teras Perkhidmatan Awam, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang, Kepimpinan Melalui Teladan dan Tonggak 12. Selain itu, bagi menyokong dan mengukuhkan usaha dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam, pihak kerajaan telah mewujudkan sistem pengiktirafan melalui beberapa anugerah seperti Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM), Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam, Anugerah Perdana Teknologi Maklumat dan Anugerah Inovasi.

brightness of tonekecemerlangan tonKesenianTiadaKecemerlangan ton: Hasil muzik yang unggul.
tastecita rasaKesusasteraanTiadaPertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat.
good student discountdiskaun pelajar baikPentadbiran PerniagaanTiadaDiskaun dalam insurans motor yang diberikan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik. Terbukti bahawa ada hubungan di antara kecemerlangan pelajar dengan kecermatan memandu.
brilliancykecemerlanganPendidikanTiadaTiada
excellencekecemerlanganPendidikanTiadaTiada
brilliancekecemerlanganFizikOptikSifat sebarang warna yang setara dengan warna kelabu yang berada di antara hitam dan putih. Misalnya, kuning adalah warna yang paling cemerlang di dalam spektrum cahaya putih.
brilliance (visual)kecemerlangan (penglihatan)FizikTiadaTiada
organisational effectivenesskeberkesanan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Kecemerlangan sesebuah organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, peka dan responsif terhadap tuntutan masyarakat. Keberkesanan organisasi merangkumi cara perancangan pengurusan dan pentadbiran, jangka hayat, pertambahan dari segi bilangan pelanggan dan jumlah aduan negatif daripada orang awam. Pada masa yang sama, keberkesanan organisasi juga berkaitan dengan pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan. Tidak semua organisasi mampu dan berkebolehan memberikan perkhidmatan yang baik atau mempunyai ciri yang cemerlang.

paradigm shiftanjakan paradigmaEkonomiTiadaPerubahan dalam nilai, ideal dan standard dengan tujuan untuk mencapai kecemerlangan.
12

Kembali ke atas