eletromagnetic unit | unit elektromagnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Sistem sentimeter-gram-saat bagi unit elektrik dan magnet, ditakrifakan sebagai arus yang tersenggara pada dua pengkonduksi selari yang panjang tak terhingga dan jarak antara keduanya 1 cm di dalam vakum dan daya yang dihasilkan antara keduanya bernilai 2 diner per cm panjang. |
الحقوق الزوجية | hak suami isteri | Agama Islam | Fiqh | Suami isteri mempunyai hak dan tanggungjawab. Hak bersama, bermesra antara keduanya dan lain-lain. Hak suami (tanggungjawab isteri) taat dan lain-lain. Hak isteri (tanggungjawab suami) nafkah dan lain-lain lagi. |
mutual solvent | pelarut menyaling | Kejuruteraan | Petroleum | Sebarang bendalir yang boleh melarutkan secara serentak dua jenis bendalir lain, yang keduanya tidak saling melarutkan. Dalam proses pemejalan pasir, misalnya,a pelarut menyaling digunakan dalam larutan prasembur supaya larutan ini secara serentak dapat melarutkan air dan minyak. Contoh pelarut menyaling adalah aseton dan isopropil alkohol. |
fire detection | pengesan kebakaran | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Proses mengesan kebakaran yang dilakukan melalui pemerhatian visual, bayangan inframerah atau gabungan antara keduanya bagi memerhati dan mengenal pasti lokasi berlakunya kebakaran hutan. |
biennial crop | tanaman dwimusim/tanaman dwitahunan | Pertanian | Agronomi | Tanaman yang kitaran hidup merangkumi dua musim atau dua tahun dengan tahun keduanya melibatkan pembungaan dan pengeluaran buah. Pada tahun pertama tanaman ini melalui peringkat pertumbuhan vegetatif sahaja. Contoh tanaman dwimusim adalah bawang dan lobak merah. Pada musim pertama kedua-dua tanaman ini membesar dan menghasilkan bebawang dan ubi di bawah tanah dan pada musim kedua barulah mereka berbunga dan menghasilkan biji benih. |
biennial plant | tumbuhan dwimusim/tanaman dwitahunan | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan yang kitaran hidup merangkumi dua musim atau dua tahun dengan tahun keduanya melibatkan pembungaan dan pengeluaran buah. Pada tahun pertama tumbuhan ini melalui peringkat pertumbuhan vegetatif sahaja. Contoh tumbuhan dwimusim adalah bawang dan lobak merah. Pada musim pertama kedua-dua tumbuhan ini membesar dan menghasilkan bebawang dan ubi di bawah tanah dan pada musim kedua barulah mereka berbunga dan menghasilkan biji benih. |
amphibrach | amfibrah | Kesusasteraan | Tiada | Kaki matra yang terdiri dari 3 suku kata, suku kata pertama dan suku kata ketiga menurun manakala suku kata keduanya menaik. |
crossed observations | cerap silang | Matematik | Tiada | Pencerapan yang diambil dengan menggunakan bulatan pantul Borda secara berulang cerapan pertama dibuat mengikut arah terus manakala cerapan yang keduanya dengan arah yang sebaliknya bagi mengurangkan ralat jika minnya dikira. |
قال | berkata | Agama Islam | Hadith | 1. Lafaz penyampaian yang boleh difahamkan sabit mendengar daripada guru jika lafaz itu disebut oleh perawi yang sabit pertemuan di antara keduanya. 2. Lafaz yang digunakan untuk meriwayatkan Ḥadīth. |
السابق واللاحق | sābiq lāhiq | Agama Islam | Hadith | Dua orang perawi yang mempunyai kesempatan meriwayatkan Ḥadīth daripada seorang guru, salah seorang daripadanya mati jauh lebih awal daripada yang keduanya. |