Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ga.ta.lan] | کݢاتلن

Definisi : perihal gatal, rasa gatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ga.ta.lan] | کݢاتلن

Definisi : 1 menderita gatal pd kulit: Anak itu ~ kerana badannya berkudis. 2 keadaan atau rasa gatal: Bahan itu menyebabkan ~ pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegatalan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dermatitisdermatitisGerontologiTiadaKeradangan kulit yang dicirikan oleh kegatalan, kemerahan dan pelbagai lesi kulit.
antipruriticandpruritikFarmasiFarmakologiAgen yang digunakan untuk: mencegah atau melegakan kegatalan pada kulit. Kaedah penggunaan agen ini termasuldah dengan cara disapu di kawasan yang terlibat atau dimakan oleh pesakit Contoh agen ini ialah anestetik topikal, kortikosteroid dan antihistamina.
teethergegigitUmumTiadaObjek seperti gegelang yang digunakan untuk menggigit kerana kegatalan gusi atau tumbesaran gigi.
otomycosisotomikosisPerubatanTiadaJangkitan kulat dari meatus auditori luaran, yang ditandai dengan kegatalan dan inflamasi bereksudat, yang mungkin disertai dengan jangkitan bakteria secara sekunder.
food sensitivitysensitiviti makananMakanan dan PemakananPemakananTindak balas ringan terhadap sesuatu bahan dalam makanan yang diambil dan dicirikan dengan sedikit kegatalan atau kemerahan pada kulit.
bromobenzyl cyanide poisoningkeracunan bromobenzil sianidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada bromobenzil sianida yang merupakan gas pemedih mata dan digunakan sebagai kandungan agen kawalan rusuhan. Tanda utama keracunan ialah kegatalan pada kulit dan membrane mukus, dan mungkin menyebabkan kebakaran darjah kedua dan hiperpigmentasi kulit, rabun penglihatan, parut pada kornea, dan tekanan darah tinggi. Keracunan ini juga menyebabkan loya dan kerengsaan. Nilai LD50 ialah 3500 mg/m3.
hookworm infenctioninfeksi cacing kaitPerubatanTiadaInfeksi oleh kedua-dua spesies cacing kait manusia, iaitu (Necator americanus dan Ancylostoma duodenale) akibat penembusan kulit oleh larva infektif cacing ini. Infeksi ini menyebabkan kegatalan di kaki yang disebut �gatal tanah�. Infeksi ringan di usus kecil biasanya tidak menimbulkan gejala, tetapi infeksi berat boleh mengakibatkan anemia.
Leucas zeylanicaketumbitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba bersaiz kecil dan bercabang dalam famili Labiatae. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah terbiar, terutama tanah pasir berhampiran laut. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan beraroma kuat. Daunnya jenis ringkas, bersaiz kecil, tirus dihujung dan tepinya bergerigi halus. Bunganya kecil dan berwarna putih tersusun pada jambak yang padat. Daunnya yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat luka, bengkak dan kegatalan pada kulit serta sakit kepala vertigo. Ubat pupuk ini juga boleh disapu pada abdomen untuk merawat kecacingan, melegakan sakit perut sama ada disebabkan oleh angin ataupun selepas bersalin. Jus daunnya boleh dibuat tonik atau campuran jamu.
Passiflora foetidaletup-letupHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba kecil dalam famili Passifloraceae dan dikenali juga sebagai timun dendang. Tumbuhan ini hidup liar secara menjalar atau memanjat pokok lain di tanah terbiar atau belukar. Batangnya kecil berbulu dan mempunyai sulur paut. Daunnya nipis, berbulu dan bercuping tiga serta berbau kuat apabila diramas. Bunganya agak besar, berwarna putih berbelang ungu. Buahnya yang bulat dan kecil dibaluti kaliks berbulu. Buah muda berwarna hijau dan bertukar kuning apabila masak. Daunnya digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat kegatalan kulit. Tumbuhan ini mengandungi asid hidrosianik. Buah yang muda agak beracun, manakala buah yang masak berasa manis dan boleh dimakan.
Senna toragelenggang kecilHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba atau pokok renek yang kecil dalam famili Leguminosae, dikenali juga sebagai gelenggang padang. Tumbuhan ini tumbuh liar di kebun tanaman semusim dan di padang ragut. Batangnya tegak dan mempunyai cabang yang menyebar. Daunnya jenis majmuk pinat tersusun berselang-selang pada rakis. Anak daunnya kecil berbentuk bujur panjang. Daunnya berbau kuat dan bersifat aperien. Jambak bunganya berpasangan dan keluar dari celah daun. Bunganya berwarna kuning cerah. Buahnya kecil jenis lenggai dan berbentuk seperti sabit. Air rebusan daun bersifat purgatif ringan dan berkesan untuk mengubati batuk. Bijinya mengandungi emodin dan dibuat ubat untuk mengubati kegatalan kulit. Bijinya dibuat ubat bisul dan ubat luaran untuk sakit mata. Pucuknya lembut dan boleh dibuat sayur.
12

Kembali ke atas