Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ga.wa.tan] | کݢاوتن

Definisi : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ga.wa.tan] | کݢاوتن

Definisi : keadaan gawat; kegentingan: Kejatuhan nilai mata wang negara itu telah menimbulkan ~ di negara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegawatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retrenchmentpengurangan pekerjaPengurusanPerancanganTindakan pihak pengurusan mengurangkan bilangan pekerja secara drastik bagi tujuan menjimatkan kos operasi dan mengimbangi perbelanjaan organisasi. Tindakan ini lazimnya dilakukan dengan menawarkan pakej pemberhentian kerja bersama-sama pemberian pampasan kepada pekerja yang terlibat. Contohnya, pemberhentian pekerja yang terpaksa dilakukan berikutan kegagalan syarikat mendapat kontrak kerja yang disebabkan oleh kegawatan ekonomi.
galvanic skin responserespons kulit galvanikPsikologiPsikologi UmumRespons dalam bentuk peningkatan pengaliran arus galvanik akibat peningkatan aktiviti kelenjar peluh yang berpunca daripada bangkitan emosi. Indeks sensitif daripada bangkitan sistem saraf autonomik ini digunakan untuk mengukur tahap emosi dalam kebanyakan kajian makmal. Respons ini juga merupakan salah satu penunjuk bangkitan autonomik yang diambil kira apabila seseorang itu menjalani ujian pembohongan. Contohnya, apabila seseorang individu berada dalam keadaan tertekan, sistem saraf simpatetik akan membangkitkan kegawatan dalam badan sehingga menimbulkan peningkatan aktiviti dalam kelenjar peluh dan menyebabkan bulu roma berdiri.
general adaptation syndromsindrom adaptasi umumPsikologiPsikologi UmumSatu siri reaksi badan terhadap stres yang dialami secara berterusan. Menurut Selye, terdapat tiga peringkat utama reaksi badan, iaitu peringkat kecemasan, peringkat rintangan dan peringkat kelesuan. Pada peringkat kecemasan, jentera badan individu akan digerakkan bagi menghadapi tekanan. Beberapa sumber biologi akan dikerahkan untuk berdaya tindak seperti rembesan hormon adrenalina dan noradrenalina yang bertujuan mempercepat aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk menghantar makanan dan tenaga bagi menghadapi kegawatan yang ditimbulkan oleh stres. Pada peringkat ini, mangsa boleh menghadapi beberapa simptom seperti sakit kepala, demam, sakit otot, letih, mengah, cirit-birit, senak perut, hilang selera makan dan kurang bertenaga. Pada peringkat rintangan, penyesuaian badan dapat menstabilkan diri terhadap tekanan. Apabila sistem pertahanan badan dapat mengimbangi keadaan, simptom-simptom reaksi kecemasan akan hilang. Walaupun secara luarannya individu kelihatan baik kerana badannya

Kembali ke atas