outraging modesty | mencabul kehormatan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
order and decoration | bintang-bintang kehormatan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
human dignity | maruah manusia | Kejururawatan | Tiada | Kehormatan manusia dengan menjaga hak dan tuntutan individu dan komuniti. |
honorific | hormatan | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan, gelaran, sebutan kehormatan yang diberikan kepada sesuatu tokoh. Contoh: dalam sastera lama gelaran Shah Alam di Rimba untuk Sang Kancil dan gelaran-gelaran orang-orang besar seperti Tun Perak bergelar Bendahara Paduka Raja. |
honorific form | bentuk hormat/ bentuk honorifik | Sosiolinguistik | Tiada | Variasi bahasa yang digunakan untuk menunjukkan kehormatan atau kesopanan, khusus dalam hubungannya dengan status sosial bagi orang yang terlibat. |
alcohol journalism) | kewartawanan mabuk | Komunikasi | Tiada | Penulisan berita yang dilakukan oleh seseorang wartawan tanpa mempedulikan kehormatan diri atau bangsa. |
freedom of speech | kebebasan suara | Komunikasi | Tiada | Hak yang dimiliki oleh rakyat untuk bercakap secara terbuka dan bebas tetapi harus tertakluk kepada undang-undang dan etika yang melindungi martabat, kehormatan atau nama baik seseorang atau pihak lain. |
degrading treatment | perlakuan merendahkan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau psikologi, perbuatan atau peninggalan yang bertentangan dengan nilai kehormatan dan maruah manusia. Tindakan melayan manusia seolaholah seekor haiwan, contohnya memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Perlakuan merendahkan juga termasuklah penderaan seksual. |
cruel treatment | perlakuan kejam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan. Berbeza dengan perlakuan merendahkan dan perlakuan tak berperikemanusiaan, ciri perlakuan kejam ini paling kurang tumpuan pada nilai kehormatan tetapi lebih tertumpu pada aspek kesakitan dan penderitaan. Contohnya, perbuatan pegawai polis yang menggunakan senjata secara kejam dan tidak mengikut prosedur terhadap seseorang sehingga mendatangkan kecederaan pada orang tersebut. Lihat juga peninggalan, perlakuan merendahkan, perlakuan tak berperikemanusiaan. |
ta‘wid | ganti rugi | Perniagaan Islam | Tiada | Pampasan kepada pihak tertentu disebabkan kerugian atau kerosakan harta. Contoh pampasan kerosakan seperti ganti rugi akibat kematian binatang ternakan, kebakaran premis perniagaan dan kerosakan produk jualan. Contoh pampasan kerugian pula seperti kes pengambilan tanah untuk kepentingan awam oleh kerajaan. Tanggungan ganti rugi dibebankan terhadap semua tanpa tertakluk kepada khitab taklif, iaitu tanpa mengira individu itu mukallaf atau tidak, seperti kanak-kanak, orang gila atau mabuk demi menjaga kehormatan harta milik orang lain. |