critical success factor | faktor kejayaan kritikal | Pengurusan | Perancangan | Faktor yang merupakan aspek terpenting yang menjadi penentu kejayaan sesuatu tugas atau projek. Faktor kejayaan kritikal perlu ditentukan oleh pihak pengurusan bagi memastikan keputusan dan tindakan yang diambil adalah yang paling tepat bagi mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan. Contoh faktor kejayaan kritikal bagi sesuatu perniagaan adalah dengan memastikan kepuasan pelanggan diutamakan. |
critical success factors | faktor kejayaan kritikal | Teknologi Maklumat | Tiada | Perkara-perkara yang difikirkan paling penting oleh eksekutif untuk mencapai kejayaan semasa menjalankan tanggungjawabnya. |
causal attributions | penyebab sikap | Pendidikan | Tiada | Kejayaan penjelasan yang diberikan oleh seseorang terhadap kejayaan dan kegagalan. |
strategic thinking | pemikiran strategik | Pengurusan | Perancangan | Cara seseorang berfikir untuk merancang kejayaan masa hadapan organisasi dengan mengambil kira faktor pengalaman lalu dan menganalisis persekitaran dan cabaran semasa. Pemikiran strategik boleh membantu pemimpin organisasi membuat keputusan secara tuntas dan berkesan bagi memastikan kejayaan organisasi dalam jangka masa panjang. Contohnya, keputusan yang dibuat oleh pemimpin yang berfikiran strategik untuk melabur dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi supaya lebih berdaya saing. |
negative binomial distribution | taburan binomial negatif | Matematik | Tiada | Taburan pemboleh ubah rawak diskret dengan fungsi taburan kebarangkaliannya, di mana P adalah kebarangkalian kejayaan, dan k adalah bilangan cubaan Beroulli yang diperlukan untuk memperoleh r kejayaan. |
reimplantation of tooth | penanaman semula gigi | Pergigian | Tiada | Peletakan semula gigi yang tercabut ke dalam soket. Peratus kejayaan gigi penanaman semula berintegrasi dengan tulang bergantung kepada tempoh gigi terdedah kepada persekitaran serta keadaan tisu periodontium. Medium yang digunakan untuk menyimpan gigi tercabut juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan prosedur penanaman semula. Contoh medium ialah air liur pesakit, air distil dan susu segar. |
academic aptitude | kecenderungan akademik | Pendidikan | Tiada | 1. Berkeupayaan menyelesaikan masalah yang abstrak secara intelek. 2. Kebolehan yang sedia ada dan diperoleh melalui pembelajaran yang diperlukan untuk kejayaan dalam situasi persekolahan. 3. Gabungan ciri peribadi dan tingkah laku yang diperlukan untuk kejayaan dalam situasi pembelajaran. |
teaching success | kejayaan mengajar | Pendidikan | Tiada | Tiada |
fishing success | kejayaan penangkapan ikan | Perikanan | Tiada | Tiada |
marriage success | kejayaan perkahwinan | Sosiologi | Tiada | Tiada |