fahish | melampaui batasan/keji | Perniagaan Islam | Tiada | Lihat ghabn fahish. |
darar fahish | kemudaratan melampaui batas/kemudaratan keji | Perniagaan Islam | Tiada | Kerosakan yang berlaku pada produk atau bangunan pada tahap kritikal sehingga menyebabkan produk atau bangunan itu tidak boleh digunakan langsung. Contohnya, barangan seperti komputer yang pecah atau dinding yang roboh dan membahayakan penghuni. |
invective | caci maki | Kesusasteraan | Tiada | Kata-kata keji yang diucapkan kerana marah dan sebagainya. |
prover | pembukti | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti yang digunakan untuk menentukan atau menyemak keji tuan meter pengukuran yang digunakan dalam bidang petroleum. |
lampoon | lampun | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan atau rencana yang mencela, memperbodoh-bodohkan seseorang dengan kata-kata kesat, keji, dalam bentuk prosa atau puisi. |
hamartia | hamartia | Kesusasteraan | Tiada | Kesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira tragis bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�. |