electrical engineering | kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
rotating machine | mesin berputar | Teknik | Elektrik | Mesin yang menghasilkan putaran. Dalam kejuruteraan elektrik, mesin berputar ialah motor dan penjana. |
electrical engineering | kejuruteraan elektrik | Mekanik | Gunaan | Bidang kejuruteraan yang mencakup aspek fenomena elektrik, radas, litar dan sistem elektrik, dan juga bidang yang abstrak seperti perhubungan dan kawalan. |
wiring regulation | peraturan pendawaian | Teknik | Elektrik | Peraturan yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pemasangan dan pengguna elektrik. Peraturan ini berubah mengikut waktu. Di negara ini peraturan pendawaian yang digunakan adalah berdasarkan peraturan I.E.E. (Institusi Kejuruteraan Elektrik Britain). Peraturan Tenaga Nasional, Ahli Jemaah Pemeriksa Elektrik, dan Piawaian Malaysia. |
engineering | kejuruteraan | Mekanik | Gunaan | Bidang ilmu yang melibatkan penggunaan sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan manusia. profesion ini sering ditakrif sebagai profesion yang melibatkan penerapan pengetahuan tentang metematik dan sains tabii yang diperoleh melalui kajian, pengalaman dan amalan, dengan pertimbangan untuk membentuk kaedah penggunaan bahan dan daya tabii, secara kimat, untuk faedah manusia. Terdapat empat bidang kejuruteraan yang tradisional iaitu kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan kimia, dan kejuruteraan mekanik. Lihat juga jurutera. |
electrical installation cost | kos pemasangan elektrik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kos untuk pendawaian, peralatan elektrik, bekalan tenaga elektrik, dan pendawaian peralatan campur harga buruh. Kos ini dianggarkan 10 -15% harga peralatan utama atau 3 � 10% pelaburan modal tetap. |
electrical bonding | ikatan elektrik | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Sambungan bahagian struktur logam dengan menggunakan pengalir elektrik untuk mengekalkan keupayaan elektrik yang setara. |
electrical conduit | pembuluh elektrik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Pembuluh daripada plastik (PVC) yang dipasang dalam binaan konkrit untuk memudahkan pendawaian elektrik. Saiz pembuluh bergantung kepada saiz pendawaian yang akan dipasang, biasanya berukuran 25 mm atau lebih. |
electrical horsepower | kuasa kuda elektrik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kuasa kuda yang dipacukan oleh tenaga elektrik dan bersamaan dengan 746 watt. |
ESU of current | ESU arus elektrik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit ukuran arus elektrik teraruh elektrostatik yang bersamaan dengan 3.3356 x 10-10 ampere. |