atrocities | kekejaman | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan keganasan yang dilakukan melebihi keperluan ketenteraan pada waktu peperangan. Contoh kekejaman ialah pembunuhan beramai-ramai, penderaan, perkosaan dan penjarahan. Perbuatan ini boleh menjadi kesalahan di bawah undang-undang jenayah antarabangsa termasuk jenayah perang, genosid dan jenayah kemanusiaan. Lihat juga keperluan ketenteraan. |
theater of cruelty | teater kekejaman | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mementaskan aksi ganas dan kejam. Tujuan pementasan adalah untuk mengejutkan khalayak, iaitu apa yang terpendam dalam lapisan bawah sedar khalayak dapat dilepaskan. Teater kekejaman dimulakan oleh Antonin Artaud pada tahun 1930-an. Teater ini memberikan kesan ke atas deria manusia untuk membolehkan mereka memecahkan sekatan psikologikal yang mengongkong kehidupan serta pemikiran. Teater kekejaman menggunakan pelbagai teknik seperti kesan cahaya yang menyilau, mimos, serta aksi yang sensasi dan dahsyat. Contohnya, drama oleh Peter Wiess berjudul Marat/Sade. |
force or violence | kekerasan atau kekejaman | Undang-undang | Tiada | Tiada |
anarchism | faham anarki | Sejarah | Tiada | Fahaman politik yang menekankan kekerasan dan kekejaman, tanpa ada hubungan dengan kawalan undang-undang, mahkamah, atau apa juga bentuk peraturan dalam sistem pemerintahan. |
pirate | lanun | Sejarah | Tiada | Orang yang melakukan rompakan atau rampasan dengan kekerasan dan kekejaman di kawasan laut sama ada laut dalam atau persisiran pantai. |
dictatorial communism | faham komunis diktator | Sejarah | Tiada | Fahaman komunis yang bersifat diktator, menggunakan kekerasan dan kekejaman untuk mencapai matlamatnya. |
despotism | sistem kuku besi; pemerintahan kuku besi | Sejarah | Tiada | Bentuk pemerintahan yang mengamalkan kekerasan dan kekejaman yang bersifat kuku besi. |
dictator | diktator | Sejarah | Tiada | Pemerintah atau raja yang mempunyai kuasa mutlak dan bertindak sesuka hatinya melakukan kekerasan dan kekejaman. |
penny dreadful | cerita picisan | Kesusasteraan | Tiada | Cerita ringan dan murah yang mengandung unsur sensasi tentang kejahatan, kejantinaan, pertualangan dan kekejaman. |
piracy | pelanunan | Sejarah | Tiada | Tindakan atau perbuatan yang merosakkan orang lain sama ada melalui rompakan atau rampasan dengan kekerasan dan kekejaman yang dilakukan di kawasan laut sama ada laut dalam atau persisiran pantai, ciri yang dilihat dalam sejarah Melayu abad ke-15 dan ke-16. |