affective fallacy | kekeliruan afektif | Kesusasteraan | Tiada | Konsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik. |
circle of least confusion | bulatan kekeliruan terkecil | Fizik | Optik | lih. bulatan kekeliruan. |
intentional fallacy | kekeliruan hasrat | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasra |
circle of confusion | bulatan kekeliruan | Fizik | Optik | Imej bulat kabur bagi objek titik yang terbentuk oleh kanta kamera walaupun dengan pemfokusan yang paling baik. bulatan kekeliruan terkecil. |
confusion | kekeliruan | Perubatan | Tiada | Tiada |
confusion | kekeliruan | Sejarah | Tiada | Perihal keadaan yang tidak teratur, kucar-kacir atau huru-hara akibat kemusnahan negeri, kekalahan dalam perang dan perampasan kuasa seperti kekalahan tentera Carthaga dengan tentera Rom. |
fallacy | kekeliruan | Pendidikan | Tiada | Hujah yang dikemukakan berasaskan penggunaan perkataan atau idea yang mempunyai persamaan yang mengelirukan seterusnya membawa kepada kesimpulan palsu yang boleh dielakkan. |
affective fallacy | kekeliruan kesan | Kesusasteraan | Tiada | Kehilafan dalam penilaian kesan sesebuah karya, terutama kesan perasaan atau emosi yang bertentangan dengan kesan yang diharapkan penulis. |
fallacy | falasi kekeliruan | Matematik | Tiada | Tiada |
mental confusion | kekeliruan mental | Pendidikan | Tiada | Tiada |