Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kun.ci] | ککونچي

Definisi : butang yg mewakili abjad dan nombor­-nombor yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kun.ci] | ککونچي

Definisi : 1 alat yg berfungsi spt kunci (spt utk menahan sesuatu drpd berkesot atau bergerak). 2 ist butang yg mewakili abjad, nombor, atau dan simbol tertentu yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekunci


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
public key cryptographykriptografi kekunci awamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan sepasang kekunci yang dimiliki setiap pengguna, iaitu kekunci awam dan kekunci rahsia. Kekunci awam disebar dengan bebas, manakala kekunci rahsia hanya boleh dicapai oleh pemiliknya. Penghantar mesej perlu memiliki kekunci awam penerima mesej dan menggunakannya bagi menyulitkan mesej untuk berkomunikasi menggunakan kaedah penyulitan ini. Mesej yang tersulit menggunakan kekunci awam berkenaan hanya boleh dinyahsulitkan dengan kekunci rahsia penerima mesej.
asymmetric encryptionpenyulitan tak simetriTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan dua kekunci yang berbeza, iaitu kekunci awam dan kekunci persendirian. Kekunci awam digunakan untuk penyulitan mesej, manakala kekunci persendirian untuk penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci awam.
encryption parameterpasangan kekunci penyulitanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerDua kekunci yang digunakan dalam penyulitan tak simetri yang salah satu kekuncinya menyulitkan dan yang satu lagi menyahsulitkan. Dua kekunci tersebut dikenali sebagai kekunci awam dan kekunci persendirian.
public cryptography key systemsistem kekunci kriptografi awamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem penyulitan data yang mempunyai komponen algoritma penyulitan yang disebarkan kepada umum dan menggunakan sepasang kekunci untuk melengkapkan kriptosistem ini. Satu daripada pasangan kekunci ini, iaitu kekunci awam digunakan hanya untuk proses penyulitan dan disebarkan dengan bebas. Manakala satu lagi kekunci, iaitu kekunci rahsia digunakan khusus untuk penyahsulitan dan tidak disebarkan. Pasangan kekunci ini dipilih khusus supaya penyongsangan hasil penyulitan oleh satu kekunci hanya boleh dilakukan oleh pasangannya sahaja.
keyboardpapan kekunciKejuruteraanTiada1. Papan kekunci: Set kekunci atau tuil kawalan yang mempunyai susunan bersistem dan digunakan untuk mengendalikan mesin atau kelengkapan-kelengkapan lain seperti mesin taip, penaip set, unit pemproses atau komputer.,2. Tatasusunan suis butang tekan yang mempunyai peranan-peranan yang berkaitan.
secret-key cryptosystemkriptosistem kekunci rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerBentuk algoritma penyulitan yang bergantung kepada kekunci tunggal (kekunci rahsia) yang sama sebagai komponen pengabur dalam penyulitan dan penyahsulitan.
public key encryptionpenyulitan kekunci awamTeknologi MaklumatTiadaTeknologi penyulitan yang menggunakan dua kekunci asimetri, satu kekunci awam untuk penyulitan mesej, dan satu lagi kekunci persendirian untuk menyah
symmetric encryptionpenyulitan simetriTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan satu kekunci, iaitu kekunci rahsia yang digunakan untuk penyulitan dan penyahsulitan mesej. Sinonim penyulitan kekunci rahsia.
function keykekunci fungsiPentadbiran PerniagaanTiadaKekunci khas pada papan kekunci untuk memberi arahan kepada komputer.
QWERTY keyboardpapan kekunci QWERTYTeknologi MaklumatTiadaSusunan atur cara papan kekunci yang dinamakan berdasarkan enam kekunci abjad pada sebelah kiri baris atas papan kekunci QWERTY.
12345678910...

Kembali ke atas