Kel-F | Kel-F | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nama dagang bagi klorotrifluoroetilena (CFE), iaitu plastik yang tahan kakis terhadap kebanyakan asid dan alkali hingga ke suhu 175�C. |
kerato (Kel.) | kerato (Kel.) | Kesenian | Tiada | Bakul kurungan yang dianyam jarang daripada buluh, berbentuk silinder serta mengecil di bahagian leher, dan bahagian badannya berbentuk labu. Anyaman jarang dan mata bilah halus, mempunyai enam bucu. |
aab Kel. | aab Kel. | Kesenian | Tiada | Penutup bakul yang dianyam daripada rotan atau kulit kayu dan bertelinga, digunakan untuk menuai padi. |
buan Kel.LB | buan Kel.LB | Kesenian | Tiada | Bakul sikut daripada rotan, berbentuk silinder, berbucu dan berbingkai empat, alat ini digunakan untuk membawa padi. |
belalung kerawang Kel. | belalung kerawang Kel. | Kesenian | Tiada | Bakul kurung daripada buluh, bersahap, berbentuk silinder, berbucu enam, badan bakul bulat seperti balang, berleher, bermulut yang lebih kecil daripada badan, bertingayan, dan beranyam jarang. |
belalung talip Kel. | belalung talip Kel. | Kesenian | Tiada | Bakul kandung daripada buluh yang dianyam rapat, berbentuk silinder serta mengecil di bahagian leher, bahagian badannya berbentuk labu dan berbucu enam.Bakul ini digunakan untuk menyimpan nasi yang dibungkus dalam daun dan juga untuk membawa pakaian. |
Kel-Chlo process | proses Kel-Chlo | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses Deacon yang diperbaik oleh Shell Company dengan menggunakan turus terbendalir bermangkinkan lantanum klorida dan kalium klorida sebagai tambahan kepada mangkin kuprum klorida pada suhu 420�C. Kalium klorida menurunkan kadar pemeruapan dan lantanum klorida diperbaik lagi dengan menggunakan nitrogen oksida yang dicampur dengan asid sulfurik. Proses ini berjaya dikendalikan pada tekanan di antara 0.1 � 1.5 MPa dan suhu di antara 130 � 180�C. |
saging LB (Kel.Bis.) | saging LB (Kel.Bis.) | Kesenian | Tiada | Bakul amin daripada rotan atau bemban berbentuk kon, beranyam rapat, digunakan untuk membawa padi semasa menuai. Juga dikenali sebagai komek. |
bekang decur Kel. LB. | bekang decur Kel. LB. | Kesenian | Tiada | Bekang yang saiznya kecil dan digunakan khusus oleh wanita. |
bekang Ken. Kel. Bis. LB. | bekang Ken. Kel. Bis. LB. | Kesenian | Tiada | Bakul sikut daripada rotan, beralaskan papan atau jalinan rotan belat sebagai pengadangg dan berlidah yang berfungsi sebagai penutup, digunakan untuk membawa hasil buah-buahan, sayur-sayuran, daging atau hasil buruan. |