looping | penggelungan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Memasang talian paip selari dengan talian paip yang satu lagi, atau sebahagiannya, untuk meningkatkan kemuatannya.,2. Pengulangan suruhan pada kelajuan-kelajuan lengah sehingga nilai akhir ditentukan. |
pulse jet | jet denyut | Kejuruteraan | Tiada | Salur dorongan dengan injap-injap pengambilan udara automatik, atau paip jet tertala frekuensi, supaya tekanan ditingkatkan di antara ledakan, dengan itu memperoleh tujahan dengan ekonomi pada kelajuan-kelajuan udara pertengahan, misalnya 350-360 km/j. |
wave age | umur gelombang | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan perkembangan gelombang permukaan laut yang dijanakan oleh angin, dinyatakan sebagai nisbah kelajuan gelombang terhadap kelajuan angin. Kelajuan angin selalunya diukur pada kira-kira 8 m atas dari aras air pegun. |
computing speed | kelajuan pengiraan; kelajuan pengkomputeran | Komputer | Tiada | Tiada |
revolution per minit | putaran per minit | Teknik | Elektrik | Unit bagi kelajuan sesuatu objek yang berputar, seperti kelajuan motor dan kelajuan penjana, dan biasanya ditulis dalam singkatan ppm. |
synchronous motor | motor segerak | Teknik | Elektrik | Motor a.u. tiga fasa atau satu fasa yang kelajuan pemutarnya sama dengan kelajuan putaran medan magnet di pemegun. Kelajuan motor ini berkadar terus dengan frekuensi bekalan dan bilangan kutub mesin tersebut. Motor ini boleh digunakan untuk beban lebih atau beban penuh. Di samping tugasnya sebagai motor, motor segerak juga boleh membaiki faktor kuasa bekalan iaitu dengan mengawal voltan ujaan arus terus ke motor tersebut. Motor segerak boleh digunakan .sebagai motor pengepam dan motor pemampat. |
ballistic shock | kejutan balistik | Fizik | Akustik | Kejutan yang terjadi apabila peluru atau objek berbentuk jarum bergerak dalam udara dengan kelajuan melebihi kelajuan bunyi dalam udara. |
accelerating relay | geganti pemecutan | Teknik | Elektrik | Geganti yang digunakan sebagai alat tambah dalam pemula motor atau kawalan pemecutan motor daripada satu kelajuan kepada kelajuan lain. Geganti ini dikendalikan dengan menggunakan salah satu cara yang berikut, iaitu arus angker motor (pemecutan had arus), voltan angker (pemecutan d.g.e. balas), atau masa tentu (pemecutan masa tentu). |
indicated airspeed | kelajuan udara tertunjuk | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kelajuan udara yang dibaca atau dirakam secara langsung daripada alat petunjuk kelajuan udara. |
Mach value | nilai Mach | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Ukuran kelajuan pesawat relatif kepada kelajuan bunyi. |