self-actualization | sempurna kendiri | Psikologi | Psikologi Umum | Dorongan semula jadi individu untuk membentuk sesuatu bakat dan kemampuan. Kemampuan ini melibatkan pemahaman kemampuan individu, menerima diri sendiri dan orang lain sebagai individu yang unik dan mengambil pendekatan yang berpusatkan masalah dalam kehidupan. Contohnya, jika individu menyedari tentang kebolehan atau bakatnya dalam muzik tetapi terpaksa menjadi jurujual, maka individu tersebut gagal memenuhi hakikat dirinya. Individu yang sempurna kendirinya mempunyai ciri kesihatan mental yang baik dan dapat mempersepsikan realiti dengan baik, tahu menilai baik dan buruk, mempunyai rakan terhad tetapi berkualiti, tidak bermusuhan, suka berjenaka, personaliti yang seimbang, prihatin terhadap masalah orang lain, menghormati hak asasi manusia dan menghargai orang lain. Menurut Maslow, tidak ramai individu yang berjaya mencapai tahap seperti ini kecuali orang-orang tertentu seperti Gandhi, Einstein dan Rooselvelt. |
output capability | kemampuan output/kemampuan keluaran | Komputer | Tiada | Tiada |
output capability | kemampuan output/kemampuan keluaran | Kejuruteraan | Tiada | Keupayaan sesuatu litar menghasilkan kuasa maksimum atau voltan keluaran tanpa sebarang herotan. |
negative capability | kemampuan negatif | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera. |
administrative capacity | kemampuan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kebolehan atau keupayaan sesebuah organisasi dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab pentadbiran. Kemampuan pentadbiran melibatkan bekalan sumber yang mencukupi, kecekapan pengurusan, kemahiran kakitangan, penyenggaraan yang terkawal dan pembentukan hubungan kerja yang harmoni. Ukuran kemampuan pentadbiran bukan sahaja tertumpu kepada organisasi tetapi juga melibatkan pihak pengurusan atasan hinggalah kakitangan bawahan. Pada masa yang sama, ia melibatkan kredibiliti organisasi menggunakan sumber secara cekap dengan kos yang rendah dalam mengeluarkan output yang baik. |
corporate capability | kemampuan korporat | Pengurusan | Perancangan | Keadaan yang menunjukkan keupayaan organisasi untuk melakukan urus niaga dengan lebih baik berbanding pesaing, daripada persepsi pekerja dan pelanggan. Kemampuan korporat menunjukkan keistimewaan dan kelainan organisasi supaya dapat meyakinkan pelanggan dalaman dan pelanggan luaran. Faktor yang menentukan kemampuan korporat termasuklah jenama produk yang telah terkenal, kekuatan pemimpin, budaya organisasi dan kepakaran pekerja. |
channel capacity | kemampuan alur; muatan saluran; keupayaan saluran | Geologi | Tiada | Kemampuan alur: Aliran maksimum yang alur tertentu dapat mengalir dengan tidak melimpahi tebingnya. |
cognitive ability | kemampuan kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Kebolehan individu dalam melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan fungsi mental. Kemampuan kognitif juga sering dikaitkan dengan kecerdasan mental. Contohnya, individu yang tinggi kecerdasan mentalnya akan lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah berbanding mereka yang mempunyai kecerdasan mental yang rendah. |
permeability | ketelapan | Hidrogeologi | Tiada | Kemampuan bahan untuk meneruskan bendalir di bawah tekanan. Secara kuantitatif kemampuan ini dinyatakan dalam berbagai-bagai cara, seperti darcy. [Bd. ketelapan hakiki, kekonduksian hidraulik] Sin.: keadaan telap |
supernatural power | kuasa adikodrati | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan melakukan sesuatu yang di luar kekuasaan manusia. Contoh: kemampuan tangan Seri Rama menjadi landasan untuk Hanuman melompat ke Langkapuri dalam Hikayat Seri Rama. |