pickup | pungut; pikap; mata kait;kemas ringkas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kemas ringkas: Keadaan bilik yang memerlukan pengemasan ringkas sebelum disewakan semula, biasanya apabila penginap keluar lewat atau perubahan bilik penginap. |
solitaire | solitaire | Kesenian | Tiada | 1. Barang kemas yang diperbuat daripada sebutir berlian atau permata.,2. Tali leher yang dipakai dengan bigwig lelaki dari tahun 1730-an hingga 1770-an, diikat beraneka cara saperti ikat kupu-kupu di bawah dagu atau dijalin dan, berwarna hitam yang biasanya diperbuat daripada fabrik sutera. Pakaian lelaki pada abad ke-18.,3. Skarf kupit berwarna yang diikat longgar dan hujungnya dilepaskan ke lutut. Biasanya dipadankan dengan gaun putih. Pakaian wanita pada pertengahan tahun 1830-an. |
saddle stitch | jahit pelana | Kesenian | Tiada | 1. Jahit lilit kemas yang menggunakan jalur tirus belulang untuk hiasan.,2. Jelujur halus yang digunakan sebagai konstruksi dan hiasan, biasanya dijahit sebaris di tepi sesuatu barang.,3. Jahitan yang menggunakan benang kasar dan jarak mata jahitnya jarang yang digunakan pada sarung tangan. |
architrave | 1. hiasan jenang 2. jalur kemas | Alam Bina | Tiada | 1. Hiasan berukir di sekeliling sesuatu bukaan. 2. Jalur daripada kayu, logam dan sebagainya yang digunakan untuk menutup sambungan antara lepaan dengan rangka tingkap atau rangka pintu. |
log run | kayu kemas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Dalam pengilangan papan kayu konifer, jumlah kayu gergaji yang terhasil dan yang boleh diniagakan tanpa penggredan. 2. Dalam pengilangan papan kayu keras, jumlah kayu gergaji yang terhasil tetapi tidak termasuk beberapa gred yang lebih rendah. |
articulate | artikulat | Perubatan | Tiada | 1. Menyusun dan menghubungkan gigi asal dengan gigi tiruan.,2. Mengatur atau memposisikan dengan satu cara khusus dan kemas. |
honeycomb stitch | jahit sambang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Jahitan yang menyerupai jahit bata.,2. Jahit siku-siku mesin yang digunakan untuk membuat smoking, jerumat, jahit lilit kemas, menyambung pita kenyal, renda memberi dan kun blanket. |
coarse | kasar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Sesuatu yang tidak kecil atau halus, agak besar.,2. Sesuatu benda atau permukaan yang tidak licin, kasap atau kesat.,3. Sesuatu yang tidak kemas buatannya. |
architrave | arkitraf | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Bahagian paling bawah sesebuah entablatur dalam seni bina Yunani Klasik. 2. Komponen tambahan yang dibuat untuk menutup kerja penyambungan antara dua bahan supaya kelihatan lebih kemas dan teratur. Contohnya, sambungan di pintu dan tingkap yang mempunyai bukaan bersegi. Lihat juga hias gerbang. |
filler | pengisi | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Bahan yang digunakan untuk mengisi liang pada permukaan yang diketam atau dipelas, bagi mengurangi keronggaan permukaan ayu yang diproses untuk proses kemas siap. 2. Bahan lengai seperti sabut tempurung yang ditambah kepada rumusan perekat untuk mengurangkan kos dan menambahkan isipadu. 3. Bahan yang ditambahkan dalam proses pembuatan kertas bagi mengisi rongga di antara gentian lignoselulosa. Bahan ini menambahkan kelegapan, kecerahan, dan kelicinan kepingan kertas yang dihasilkan. Misalnya, debu liat, talkum, dan gipsum. |