Kandungan garam seperti sodium (Na), potassium (K), kalsium (Ca) atau magnesium (Mg) yang terdapat dalam tanah, medium tumbuhan atau air. Kemasinan akan mempengaruhi pertumbuhan tanaman. Kemasinan yang terlalu tinggi akan menyebabkan pertumbuhan terjejas kerana keupayaan untuk menyerap air dan nutrien terbantut. Contohnya, tanah yang berada di tepi laut mempunyai kandungan garam yang tinggi menyebabkan kemasinan kawasan. Kemasinan juga boleh berlaku akibat pemberian baja kimia yang berlebihan dan terlalu lama di sesuatu kawasan. Kemasinan diukur dalam elektrokonduktiviti, iaitu decisiemens per metre (dS/m).
Daya ketahanan oleh tanaman yang boleh hidup dengan keadaan kemasinan tanah atau air. Contohnya, kayu bakau atau kelapa mempunyai ketahanan masin yang tinggi. Ketahanan masin disebabkan oleh keupayaan tumbuhan itu untuk melakukan osmoregulasi, iaitu mengambil air untuk mengurangkan kemasinan.
Thanks for clicking. That felt good.