kempas | kempas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Koompassia malaccensis. daripada famili Leguminosea. Nama tempatannya di Sabah ialah impas, dan di Sarawak ialah menggris. Gubal kayu kempas berwarna putih atau kuning pucat, dan amat berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah jambu semasa segar, dan bertukar menjadi merah jingga atau coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan sekata, kecuali pada bahagian yang mengandungi floem terkandung, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu kempas agak sukar diproses, lambat mengering dan mudah retak, terutamanya pada bahagian yang mengandungi floem terkandung, tidak tahan tetapi mudah diawet. Kayu yang diawet sesuai digunakan untuk kerja binaan berat, tiang, rasuk, jambatan, dermaga, dan alas landasan kereta api. |
kempas-kedondong forest | hutan kempas kedondong | Geografi | Tiada | Hutan yang tumbuh-tumbuhan utamanya adalah pokok kempas dan kedondong. |
Leguminosae | Leguminosae | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Famili tumbuhan berkayu yang terpenting di Malaysia selepas famili Dipterocarpaceae. Antara spesies kayu dagangan termasuk kekatung, keranji, merbau, kempas, kungkur, dan sepetir. |
aliform parenchyma | parenkima aliform | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Parenkima paratrakea yang berbentuk unjuran seperti sayap atau mata apabila dilihat pada keratan rentas. Misalnya, parenkima aliform jelas kelihatan pada kayu kempas, tualang, dan merbau. |
sleeper | landasan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Kayu yang digergaji atau ditarah mengikut ukuran piawai tertentu bagi mengalas rel kereta api yang digunakan secara langsung atau dengan menggunakan alat khas. Spesis kayu yang biasa digunakan ialah kayu keruing dan kempas yang diawet. 2. Kepingan kayu yang kuat yang disusun di atas tanah untuk menyokong atau mengalas kayu-kayu lain untuk tujuan tertentu, misalnya untuk pengeringan. |
structural timber | kayu struktur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu yang digunakan sebagai rangka asas dan struktur penyangga beban yang lain. Ciri utama dalam pemilihan dan penggunaan sesuatu jenis kayu ialah sifat kekuatannya. Di Malaysia, kayu daripada kategori kayu keras berat dan kayu keras sederhana, seperti cengal, balau, belian, kempas, kapur, dan keruing yang boleh digunakan untuk tujuan ini. Sin: kayu binaan. |
wooden pile | cerucuk kayu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu yang dimasukkan sebahagiannya atau keseluruhannya ke dalam tanah sebagai penyokong binaan berat seperti jambatan. Ada dua jenis cerucuk, iaitu kayu persegi berukuran 100 mm x 100 mm hingga 150 mm x 150 mm, dan kayu bulat yang kedua-duanya mempunyai kepanjangan melebihi 2 m. Cerucuk kayu biasanya dibuat daripada kayu bakau dan kayu kempas yang diawet. |
medium hardwoods | kayu keras sederhana | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Singkatan KKS. kumpulan kayu keras Malaysia yang sederhana berat hingga berat, berdasarkan Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, yang mempunyai ketumpatan yang biasanya berjulat antara 700 hingga 900 kg/m3 pada kandungan lembapan 15 peratus. Setengah-tengah kayu dalam kumpulan ini cukup kuat dan berat, tetapi nilai ketahanan semula jadinya tidak begitu baik. Kebanyakannya sederhana tahan dan perlu diawet sebelum digunakan, terutamanya apabila digunakan di kawasan tropika dan bersentuhan dengan tanah. Terdapat lebih kurang 14 spesies kayu dagangan utama, seperti kapur, keruing, dan kempas. |