digital onboarding | suai tugas digital | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses dalam talian yang disediakan kepada individu yang telah mendaftar dengan syarikat atau institusi kerajaan agar dapat mengakses terus produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Proses ini membolehkan individu tersebut dapat dikenal pasti dengan mudah dan selamat di kemudian hari. |
outfit of the day (OOTD) | peragaan hari ini | Fesyen | Tiada | Merujuk pemakaian seseorang pada hari tertentu dan kemudian dirakam dalam bentuk gambar seterusnya dimuatnaik dalam media sosial biasanya dalam konteks blog fesyen. |
phosphorous poisoning | keracunan fosforus | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada fosforus putih atau fosforus kuning, yang kadang-kadang terdapat dalam racun tikus, baja, dan mercun. Dos parah adalah lebih kurang 1 mg/kg, dan had pendedahan ialah 0. 1 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, ritma jantung tidak normal, dan nafas dan kumuhan berbau bawang putih, dan mungkin kelihatan berasap. Mati semasa koma atau jantung terhenti mungkin berlaku dalam masa 24 - 48 jam pertama, atau gejala pulih selama 1 atau 2 hari dan kemudian kembali semula, dengan loya dan muntah, cirit-birit, kelembutan dan pembesaran hati, demam kuning, kelesuan, tekanan darah turun, oliguria, hipoglisemia, dan perdarahan petekia multipel. Jika fosforus kuning dibiarkan kering pada permukaan kulit, ia akan tercucuh dan menyebabkan kebakaran darjah kedua hingga ketiga dikelilingi dengan lepuh. Luka akan sembuh secara perlahan. Penyedutan menyebabkan gejala keracunan akut selepas 1 - 3 hari. Keracunan kroni |
sodium carbonate poisoning | keracunan natrium karbonat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan natrium karbonat (formula kimia, Na2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit yang teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, keadaannya mungkin bertambah baik selama 2- 4 hari tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teramat yang bermula secara tiba-tiba, tegang abdomen, dan tekanan darah menurun dengan cepat yang menandakan tembusan gaster atau esofagus yang tertangguh. Dos maut yang dianggarkan untuk orang dewasa ialah 30 g. Kesan korosif ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik. |
potassium hydroxide poisoning | keracunan kalium hidroksida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kalium hidroksida (formula kimia, KOH), iaitu alkali korosif. Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Had pendedahan ialah 2mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, pesakit mungkin pulih selama 2-4 hari, tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gaster atau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 5 g. |
sodium hydroxide poisoning | keracunan natrium iodida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada natrium hidroksida (formula kimia, NaOH), yang merupakan alkali korosif. Kesannya ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L, dan dos maut yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 5 g. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit yang teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, keadaannya mungkin bertambah baik selama 2 - 4 hari tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teramat yang bermula secara tiba-tiba, tegang abdomen, dan tekanan darah menurun dengan cepat yang menandakan tembusan gaster atau esofagus yang tertangguh. Keradinan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik. |
poll | pengundian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pilihan raya atau tinjauan pendapat yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau untuk memperoleh sesuatu pandangan. Pengundian diadakan secara berkala dengan penglibatan pemilih untuk memilih calon wakil rakyat manakala pungutan suara atau tinjauan pendapat awam diadakan apabila perlu untuk melihat sesuatu isu. Pengundian lazimnya diadakan dalam satu atau beberapa hari yang ditetapkan dan hanya pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pemilih dikehendaki menandakan calon yang dipilih dalam kertas undi yang disediakan dan kemudian memasukkannya ke dalam kotak undi ang disediakan di pusat mengundi. Pungutan suara pula boleh dilaksanakan dalam bentuk kertas tinjauan, temu bual secara langsung, telefon, internet dan sebagainya. Pelaksanaan pungutan suara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan perundangan. Contoh pengundian ialah pilihan raya umum di Malaysia yang diadakan pada setiap empat atau lima tahun sekali. Sinonim pungutan suara. |