Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mun.ting] | کمونتيڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), Rhodomyrtus tomentosa; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar senduduk, Marumia nemorosa; ~ bukit = akar ~ = akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok meman­jat), senduduk halus, Anplectrum divaricatum; ~ cina sj tumbuhan (pokok kecil), Lochnera (Vinca) rosea; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin, rotan duduk, rotan gelang, rotan kerai, rotan perupuh, rotan segera, rotan tunggal, Daemonorhops geniculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mun.ting] | کمونتيڠ

Definisi : nama sj pokok renek yg buahnya boleh dimakan, Rhodomyrtus tomentosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemunting

Puisi
 

Kejat-kejat dari Patani,
     Kemunting dari Kemaman;
Besar hati datang ke mari,
     Hendak menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Rhodomyrtus tomentosakemuntingHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek bercabang banyak dalam famili Myrtaceae. Tumbuhan ini hidup liar di tanah terbiar, belukar dan pinggir hutan, terutama di kawasan berpasir. Daunnya jenis ringkas berbentuk bujur telur dan bulat di hujung. Daunnya mempunyai tiga urat daun utama yang selari mengikut panjang daun. Bunganya agak besar berwarna merah jambu atau ungu muda. Buahnya jenis beri berbentuk bujur panjang dan berwarna ungu gelap apabila masak. Biji buahnya kecil dan banyak. Jus daunnya diminum untuk mengubati anemia. Buah yang muda dihancurkan dan disapu pada luka kecil. Akarnya dibuat pupuk untuk mengubati ketumbuhan pada mata.
buah keremunsing(Baj., Sam)buah keremunsing (Baj.,Sam)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk buah pokok keremunsing yang dikenali juga sebagai kemunting.
tryptophantriptofanHerbaFitokimiaAsid amino aromatik yang boleh diperoleh daripada protein tertentu seperti kasein dan fibrin. Dalam proses biosintesis, triptofan terhasil daripada asid antranilik dan merupakan bahan pemula biosintesis bagi kebanyakan sebatian alkaloid indola seperti vinkristina daripada pokok kemunting cina dan asid indolaasetik yang terdapat pada kebanyakan tumbuhan sebagai perangsang pertumbuhan. Lihat juga alkaloid indola.

Kembali ke atas