inequivalence | ketaksetaraan | Kejuruteraan | Tiada | Get logik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: jika salah satu kenyataan atau masukan P dan Q adalah benar/tinggi, maka hasil kenyataan/kenyataan adalah benar, tetapi kenyataan/masukan adalah palsu/kosong jika kedua-dua P dan Q adalah benar/sama. |
axioms of politic | lunas politik/aksioma politik | Sains Politik | Tiada | Prinsip-prinsip atau kenyataan-kenyataan yang dianggap menjadi hakikat politik. |
fraudulent misrepresentation | salah nyata tipuan; salah nyata fraud | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kenyataan yang sengaja dipalsukan bertujuan supaya orang lain bertindak ke atas kenyataan tersebut yang boleh merugikan mereka atau kenyataan yang dibuat secara lalai atau cuai tanpa mengambil kira sama ada kenyataan itu benar atau palsu. |
media call report | laporan panggilan media | Komunikasi | Korporat | Kenyataan bercetak yang diedarkan kepada pemberita. Kenyataan ini mengandungi makluman tentang peristiwa yang akan berlaku, tempat, masa, dan maklumat lain seperti atur cara dan ringkasan peristiwa yang boleh membantu pemberita merancang liputan berita. Kenyataan makluman tersebut biasanya diedarkan kepada pemberita oleh penyunting pada waktu pagi sebelum sesuatu acara berlangsung. Makluman tersebut dapat membantu penyunting untuk melaksanakan agihan kerja dalam kalangan pemberita yang bertugas pada hari berkenaan.. |
conclusive | kenyataan muktamad | Komunikasi | Tiada | Kenyataan mengenai sesuatu berita atau mesej komunikasi yang diyakini benar tanpa dipertikaikan kesahihannya. |
declarative statement | kenyataan pengisytiharan | Komputer | Tiada | Kenyataan yang terdiri daripada suruhan atur cara dalam bentuk simbolik yang digunakan untuk menentukan nilai, ciri, atau fungsi pemboleh ubah, pemalar, atau proses dalam atur cara. |
press statement | kenyataan akhbar | Komunikasi | Tiada | Kenyataan atau pengumuman rasmi yang dibuat melalui akhbar dan boleh disiarkan melalui siaran televisyen, radio dan sebagainya. |
generalized statement | kenyataan umum | Pendidikan | Tiada | Kenyataan daripada hasil kajian yang boleh dibuat kesimpulan. |
certificate of issue | kenyataan keluaran | Perpustakaan | Tiada | Kenyataan yang tercetak dalam Edisi Terhad yang memperakukan jumlah naskhah yang dicetak dan kadangkala berkenaan dengan autograf penulis dan/atau pelukis ilustrasi. |
job control statement | kenyataan kawalan kerja | Teknologi Maklumat | Tiada | Kenyataan dalam kerja yang digunakan untuk mengecam kerja atau memerihal keperluannya terhadap sistem pengendalian. |