Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
relaxation timemasa santaianFizikAkustikMasa yang diperlukan bagi amplitud sesuatu ayunan yang mengalami gerakan terlembap berkurangan kepada 1/e terhadap nilai asalnya.
caloriekaloriKejuruteraanKejuruteraan KimiaUnit pengukuran kuantiti haba yang ditakrifkan sebagai jumlah haba yang harus dipindahkan kepada 1 gram air untuk menaikkan suhunya sebanyak 1 darjah Celsius (�C).
HLA DQα1HLA DQα1Sains ForensikTiada1. Lokus yang digunakan dalam pemprofilan DNA forensik. Lokus ini mengandungi lapan lokus umum, yang terdiri daripada alel 1 yang terdiri daripada tiga subkumpulan, iaitu 1.1, 1.2, dan 1.3, alel 2, alel 3 dan alel 4 yang juga terdiri daripada tiga subkumpulan. Sebelum ini, istilah ini dikenali dengan nama HLA DQα. 2. Nama bagi kit komersial forensik DNA untuk menganalisis lokus HLA DQα1 yang mampu membezakan alel 4 kepada tiga subkumpulannya, iaitu 4.1, 4.2 dan 4.3 selain daripada alel 1.1, 1.2, 1.3, 2 dan 3. Sinonim DQα1.
skin depthtebal kulitFizikModenKedalaman di bawah permukaan konduktor apabila ketumpatan arus berkurang kepada 1/e = 0.3679 nilainya di permukaan, dan dinyatakan sebagai = dengan ialah kedalaman (meter), f ialah frekuensi (kitar saat-1), K ialah ketelapan (henry meter –1), dan ialah kekonduksian (mhos meter –1).
BTUutBKejuruteraanKejuruteraan KimiaSingkatan bagi unit terma British yang bersamaan dengan 1055.055262 joule dan merupakan unit pengukuran kuantiti haba yang ditakrifkan sebagai jumlah haba yang harus dipindahkan kepada 1 paun air untuk menaikkan suhunya sebanyak 1 darjah Fahrenheit (�F).
Chandrasekhar limithad ChandrasekharMatematikTiadaHad jisim bagi bintang kerdil putih yang tidak berputar dan sedikit sebanyak, bergantung juga pada kandungan bintang, yakni 1.44 daripada jisim matahari bagi bintang kerdil putih jenis helium, menurun kepada 1.40 daripada jisim matahari bagi bintang karbon dan 1.11 daripada jisim matahari bagi bintang besi. Bintang yang jisimnya melebihi had jisim ini akan terpaksa mengalami perebakan graviti yang selanjutnya untuk menjadi bintang neutron, malah lohong hitam, kerana bahannya tidak akan berupaya untuk bertahan daripada daya graviti.
Purple BookBuku UnguTeknologi MaklumatTiadaDokumen spesifikasi untuk format cakera padat ketumpatan berganda (DDCD). Dokumen ini diberi nama Buku Ungu secara tidak rasmi oleh Sony dan Philip. Buku Ungu menyediakan spesifikasi bagi membolehkan sekeping CD menyimpan 1.3 Gigabait, iaitu dua kali ganda kapasiti CD biasa dengan menyempitkan trek nada dari 1.6 mikron kepada 1.1 mikron, dan memendekkan panjang pit minimum dari 0.833 mikron kepada 0.623 mikron. Kandungan spesifikasi Buku Ungu yang lain ialah kaedah pembetulan ralat yang baru yang dikenali sebagai CIRC7 yang diadaptasi dari format fail ISO 9660, serta pengimbasan pada kelajuan 0.9 meter per saat.
aciditykeasidanKejuruteraanPetroleumKekuatan asid relatif sesuatu cecair yang ditentukan berdasrkan nilai pH cecair berkenaan yang berkisar antara 1.0 hingga 7.0. Semakin hampir pH sesuatu cecair kepada 7.0, semakin lemahlah sifat asid cecair tersebut (menjadi asid lemah). Sebaliknya, semakin hampir nilai pH sesuatu cecair kepada 1.0 bererti semakin kuatlah sifat asid cecair itu (menjadi asid kuat).
bitwise complement operatorpengendali pelengkap bitTeknologi MaklumatTiadaPengendalian yang digunakan untuk menukarkan semua bit 1 kepada bit 0 dan semua bit 0 kepada bit 1.
darcydarcyHidrologiTiadaUnit ketelapan hakiki, ditakrifkan sebagai ketelapan sesuatu medium yang cecair di dalamnya berkelikatan dinamik 1 sentipois meluahkan 1 cm3 .s-1 melalui suatu keratan rentas 1 cm2, di suatu gradien yang normal kepada keratan 1 At/cm.
12345678910...

Kembali ke atas