Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reveal knowledgepengetahuan wahyuPendidikanTiadaIlmu yang diturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilih-Nya untuk disampaikan kepada masyarakat umum.
cold sectorsektor sejukGeografiTiadaIstilah umum bagi sebuah kawasan fisiografi yang boleh di bahagikan kepada beberapa zon atau sektor yang berbeza ciri suhu dsb.nya.
tastecita rasaKesusasteraanTiadaPertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat.
acebutololasebutololKimiaForensikNama dagang, Sectral. Ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, angina, dan nadi jantung tidak seragam. Ubat ini tidak boleh diberikan kepada pesakit lelah, atau pesakit yang mengalami kegagalan jantung, atau penyakit kardiovaskular. Kesan sampingan nya termasuk nadi jantung yang periahan, angin, sakit kaki, loya, sakit kepala, ruam kulit dan rasa pitam.
Achenese gravestonenisan AchehArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBatu tanda pada kubur yang mempunyai pengaruh Acheh yang diperbuat daripada batu pasir. Batu tanda ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, bawah dan dasar. Batu tanda turut dilengkapi dengan ayat suci al-Quran, puisi Arab dan kalimah syahadah. Terdapat beberapa pola hias yang berbentuk simbolik seperti cungkup di bahagian puncak yang dikaitkan hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Hiasan bunga roset dibahagian bahu atau sayap dan sarang labah-labah di bahagian dasar dianggap sebagai perlambangan hidup yang tidak kekal. Pada bahagian tertentu terdapat nama si mati dan angka tahun kematiannya. Batu tanda ini hanya digunakan oleh golongan sultan dan kaum kerabatnya sahaja. Batu tanda ini berbentuk persegi empat dan kemudiannya berkembang kepada bentuk bulat. Bentuk batu tanda untuk lelaki mempunyai sayap atau bahu yang melengkung ke dalam atau ke atas berbanding wanita. Di Semenanjung Malaysia, batu tanda ditemui dalam sekitar abad ke-15 M hingga ke
Commedia dell�artecommedia dell�arteKesusasteraanTiadaBentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin.
archaic stagetahap purbaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTahap perkembangan awal ketamadunan . Tahap ketamadunan dinasti awal Mesir mula berkembang pada 3200 SM - 2800 SM. Pada tahap ini budaya mula berkembang tetapi pemerintahan pradinasti masih belum bersatu. Di Greek, tahap ketamadunan nya bermula bermula sekitar 750 SM � 480 SM manakala di Amerika Syarikat tahap purba merujuk kepada tahap perkembangan budaya.
chansonchansonMuzikTiada

 Lagu popular yang berasal dari Perancis dan Itali pada abad ke-14 hingga akhir abad ke-16. Chanson digubah untuk nyanyian solo yang diiringi alat muzik atau nyanyian bercorak polifoni. Bentuk karya jenis ini dibahagikan kepada lebih daripada satu bahagian. Karya jenis ini juga digubah secara homofoni. Contoh chanson pada Zaman Pertengahan ialah chanson troubadour dan trouvè


Kembali ke atas