Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.hi.tan] | کڤاهيتن

Definisi : 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.hi.tan] | کڤاهيتن

Definisi : 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yg tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pahit (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan maung, pahit maung,
Berantonim dengan manis

2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,

Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bitterness valuenilai kepahitanHerbaTiadaTahap rasa kepahitan bahan herba berbanding piawai rujukan kuinina hidroklorik. Nilai ini merupakan ukuran tahap kepahitan bagi herba yang mengandungi bahan pahit. Kaedah ini berguna untuk menentukan kualiti bahan mentah. Larutan air sampel herba biasanya dalam julat cairan tertentu dikumur selama 30 saat dan diluahkan. Larutan yang kekal memberikan rasa pahit sehingga melepasi 30 saat ditentukan dan dibandingkan dengan larutan piawai air kuinina hidroklorik. Ujian ini hanya dilakukan pada bahan herba yang identiti bahan kimianya telah dikenal pasti dan diketahui selamat. Contohnya daun teh.
dark comedykomedi pahitKesusasteraanTiadaBentuk drama yang bercirikan kepahitan hidup dan digambarkan seperti komik. Drama ini mengisahkan kedukaan hidup, iaitu kehidupan yang tidak membawa sebarang harapan, seolah-olah manusia berada dalam situasi yang tiada penyelesaiannya. Sebaliknya, manuisa hanya menerima segala bentuk kepahitan dalam kehidupan. Antara tema yang dikemukakan ialah kematian, penyakit, dan peperangan. Bentuk drama ini digolongkan dalam genre teater absurd. Contoh komedi pahit ditemui dalam drama Jean Anouilh bertajuk Voyageur sans baggage (1936) dan Le Savage (1938), drama Jean Genet bertajuk Les Bonnes (1947) dan Les Negres (1959), Merchant of Venice, Measure for Measure, serta drama Shakespeare berjudul The Winter�s Tale. Ciri-ciri komedi pahit juga terdapat dalam karya fiksyen. Antara fiksyen jenis ini ialah The Trial, The Castle dan Metamorphosis yang dihasilkan oleh Franz Kafka.
bitternesskepahitanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
amarevole (It)amarevoleKesenianTiadaEkspresi dalam muzik seperti kepahitan dan kesedihan.
black comedykomedi pahitKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang bercirikan kepahitan hidup dan digambarkan seperti komik. Komedi pahit menimbulkan unsur humor dan lucu daripada persoalan takdir manusia, kesukaran hidup dan kekejaman.

Kembali ke atas