foam | busa | Kimia | Tiada | Jisim buih keputih-putihan yang terbentuk melalui cecair yang digoncang, fermentasi dan lain-lain. |
zinc | zink | Veterinar | Tiada | Simbol: Zn. Unsur logam berwarna biru keputih-putihan yang penting sebagai unsur surih bagi organisma hidup. Unsur ini berfungsi dalam sintesis protein, penggandaan sel, mengekalkan pertumbuhan bulu, rambut, tulang dan kulit. Unsur ini juga merupakan komponen dan kofaktor dalam beberapa enzim serta berperanan penting dalam sintesis insulin. Dalam tubuh, unsur ini berinteraksi dengan kuprum dan boleh mengurangkan keracunan kuprum. Kekurangan unsur ini boleh menyebabkan ternakan kehilangan selera makan, anemia, pertumbuhan rambut dan bulu yang tidak normal, parakeratosis, merencatkan pertumbuhan serta merendahkan kecekapan makanan. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada yis, dedak dan germa bijirin. Pemberian unsur ini secara berlebihan boleh menyebabkan ternakan kurang selera makan dan menunjukkan gejala kekurangan kuprum. |
blanching | lapisan pucat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lapisan permukaan cat yang menjadi keputih-putihan akibat bahan pengilat |
onyx | oniks | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pelbagai kriptokristalin silika dengan permukaan berlainan warna, biasanya permukaan keputih-putihan diganti dengan perang atau gelap. |
stratocumulus | stratokumulus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Genus Awan berbentuk tompokan, bambangan atau lapisan, yang berwarna kelabu dan/atau keputih-putihan yang selalunya mempunyai bahagian gelap dan tidak berserabut (kecuali virga). Awan ini terdiri daripada unsur-unsur kecil yang tersusun teratur dengan kelebaran ketara lebih daripada 5� , yang berbentuk pipih, bulat, atau gulungan, yang mungkin berpadu ataupun terpisah. |
halo | halo | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Salah satu kelas terbesar fenomena optik atmosfera yang kelihatan seperti lingkaran arka berwarna atau keputih-putihan, di sekitar matahari atau bulan, yang dilihat menerusi awan hablur ais atau langit yang penuh dengan jatuhan hablur ais. |
psoriasis | psoriasis | Perubatan | Tiada | Inflamasi kronik pada kulit yang biasanya terdapat pada siku, lutut dan kulit kepala. Inflamasi ini kelihatan seperti makul, papul atau plak merah, yang ditutupi oleh sisik yang berkilauan atau keputih-putihan. |
calvus | kalvus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Spesies awan yang khusus bagi kumulonimbus yang sebahagian bonjolan pada bahagian paling atasnya mulai kehilangan bentuk kumulus, tetapi bentuk sirus belum lagi kelihatan. Bonjolan dan bahagian yang meninggi cenderung membentuk jisim keputih-putihan dengan beberapa jalur menegak. Lihat pengelasan awan. |
grey bamboo shark | yu cicak gempal | Perikanan | Tiada | Ikan yu daripada famili Hemiscylliidae, spesies Chiloscyllium griseum, iaitu jenis ikan demersal yang tidak berkumpulan. Yu cicak gempal berwarna coklat kekuningan atau kelabu keperangan di bahagian atas dan kuning keputih-putihan di bahagian bawah. Ikan ini mempunyai dua sirip dorsal tanpa spina dan mulut yang pendek di bahagian depan mata serta muncung yang bulat. Ikan ini mendiami kawasan air yang cetek, berterumbu karang dan kadangkala memasuki muara sungai. |
durian | durian | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Durio spp. Coelostegia spp., dan Neesia spp. daripada famili Bombacaceae. Spesies utama kayu durian termasuk Durio malaccensis, D. oxleyanus, Coelostegia borneesis, C. griffithii, Neesia altissima dan N. malayana. Gubal kayu durian berwarna keputih-putihan bagi Durio spp., kuning pucat bagi Neesia spp., dan kuning jingga bagi Coelostegia spp. Bagi Durio spp. dan Neesia spp., gubal kayunya mudah dibezakan daripada teras kayu masing-masing, yang berwarna coklat merah jambu dan coklat kelabu. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 420 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Bagi genus Neesia, tekstur kayunya agak keras dan sekata, dan bagi genus Durio dan Colostegia, tekstur kayunya tidak sekata. Kayu ini agak kuat, mudah dikerjakan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah, tetapi mudah diawet. Sifat pengeringannya berbeza-beza mengikut spesies. Kayu durian digunakan untuk kerja binaan dalaman, rangka pintu dan tingkap, lan |