Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.da.ngan] | کرادڠن

Definisi : 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat me­le­paskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keradangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inflammatory resorbtion of primary teethkeradangan resorb gigi primer (PergigianTiadaProses keresorban akar gigi desidus akibat keradangan di kawasan hujung akar atau furkasi akar. Keradangan tisu di sekeliling gigi berpunca daripada trauma atau pulpa terinfeksi akan mengakibatkan resorbsi akar gigi tersebut, seterusnya gigi menjadi goyah dan mungkin tertanggal.
hyalitishialitisPerubatanTiada1. Keradangan pada membran hialoid.,2. Keradangan pada jasad vitreus mata.
funiculitisfunikulitisPerubatanTiada1. Keradangan pada korda sperma.,2. Keradangan akar saraf spina yang berada di dalam terusan intervertebra.
epityphlitisepitiflitisPerubatanTiada1. Apendisitis, iaitu keradangan pada apendiks.,2. Paratiflitis, iaitu keradangan pada tisu posperitoneal sekum.
sialolymphadenitissialolimfadenitisPerubatanTiadaPerubahan keradangan dan neoplastik di kelenjar liur, mungkin disebabkan oleh hiperplasia dan keradangan nodus limfa, menyebabkan kecacatan dan perubahan rangka bentuk kelenjar liur.
non-steroidal anti-inflammatory drugubat antiradang bukan steroid (NSAID)PerubatanTiadaKumpulan ubat yang mengurangkan keradangan dengan menghalang sintesis prostaglandin melalui perencatan enzim siklooksigenase. Ia digunakan untuk mengawal keradangan, menahan nyeri, merencat fungsi platelet dan mengurangkan demam (antipiratek). Kesan sampingan utamanya ialah gastritis dan kegagalan ginjal. Contoh ubat ialah Aspirin, Mefenemic Acid dan Rofecoxib.
eruption gingivitisgingivitis pengeruptanPergigianTiadaRadang gusi pada kawasan di sekeliling gigi yang baru tumbuh. Keradangan ini disebabkan proses penyesuaian gusi dengan gigi yang baru tumbuh dan juga boleh disebabkan makanan yang mula masuk di krevis gigi tersebut. Biasanya, keradangan akan hilang apabila gigi erupt sepenuhnya. Pesakit mesti memberi perhatian yang lebih terhadap kesihatan mulut untuk mencegah radang menjadi lebih teruk.
irreversible pulpitispulpitis tak berbalikPergigianTiadaKeradangan tisu pulpa yang tidak boleh reda. Kesakitan selalunya dirasai dengan tiba-tiba atau dirangsang oleh bahan iritasi. Kesakitan selalunya berterusan melebihi 15 saat dan sakitnya terhad kepada kawasan gigi serta mengganggu tidur. Ini menandakan infeksi pulpa telah berlaku. Jika rangsangan berterusan, tisu pulpa akan mengalami nekrosis. Rawatan secara operatif biasanya tidak dapat menyelesaikan masalah keradangan melainkan rawatan kanal akar dijalankan.
inflammationkeradanganPerubatanTiadaTiada
inflammatorykeradanganPerubatanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas